Di
satu sudut masyarakat
Tergelimpang
segelintir insan
Yang
lalai dalam perjalanan menerjah hidup.
Mengumpul
mimpi-mimpi ngeri
Dengan
seribu keindahan dunia
Mereka
tunduk pada tuntutan perasaan.
Lalu
hadirlah manusia-manusia kejam
Yang
meraih untung dari kelalaian
Tidak
memperdulikan keperitan orang lain.
Yang
perlu hanyalah kekayaan
Kesenangan
Biarpun
pastinya nanti akan ada insan
Yang
terbujur kaku umpama sampah.
Apakah
nanti mereka hanya perlu menghitung waktu
Untuk
rebah dan terus rebah
Tidak
adakah sinar suria yang bakal muncul
Menerangi
kegelapan.
Sebelum
musim-musim lalai kian lewat
Hadirlah
kesedaran untuk memadamkan kelalaian
Membawa
segala kemungkinan yang pasti berlaku.
Insaflah..sedarlah…
Jangan
biarkan dirimu selamanya terbelenggu dengan khayalan
Yang
cuma seketika.
Bersamalah
kita mengorak langkah menuju kejayaan
Biar
kupimpin tanganmu menuju cahaya
Buangkan
dadah dari jiwamu
Buangkan
kepalsuan dari dirimu.
Masanya
belum lagi terlewat
Semaikan
semangat kental
Untuk
membela
Agama
bangsa dan tanahair.
Bersama
kita memeranginya
Bersama
kita memusnahkannya
Bersama
kita melarikan diri daripadanya.
Ayuhlah
kita berarak
Membuang
segala dusta yang dicipta
Dalam
bergerak menuju hari muka.
Sek.Men.Seri
Serdang
1993.
(
Dipentaskan sempena Pelancaran Kempen Anti Dadah di SMSS 1993 )
No comments:
Post a Comment