Nota : Kata Keterangan - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday 22 November 2023

Nota : Kata Keterangan

 

KATA KETERANGAN

 

Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif dengan lebih lanjut. Dalam bahasa Melayu baku kata keterangan dikenali sebagai kata sifat juga.

Kata keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:-

                (a)           Kata keterangan cara/gaya

                (b)           Kata keterangan masa/waktu

                (c)           Kata keterangan darjah

                (d)           Kata keterangan tanya

                (e)           Kata keterangan ragam/tak tentu

                (f)            Kata keterangan nafi

 

Jenis Kata Keterangan

Penerangan

Contoh

Ayat Contoh

Kata keterangan cara/gaya

Digunakan untuk menerangkan cara

begini, begitu, demikian, diam, tiba-tiba, betapa

 

1   Tidak sesiapa pun yang tahu betapa sedih hati ibu yang malang  itu.

2  Begini caranya menganyam daun   ketupat,” kata nenek.

Kata keterangan masa

Digunakan untuk menerangkan masa

kelak, kelmarin, tadi, belum, masih, sedang, sebentar, sekejap, selama-lamanya, sekarang, sudah, pernah, selalu, akan, kadang-kadang, sentiasa

1   Radzi belum pernah sampai ke Kuala Lumpur.

2   Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Seremban, kami singgah sebentar di pekan Kajang.

Kata keterangan darjah

Digunakan untuk menerangkan darjah kata adjektif

agak, amat, nian, paling, sekali, sungguh, terlalu, terlampau

1   Anak kecil itu terlalu nakal.

2   Ayah paling benci berbual dengan orang yang suka bercakap besar.

Kata keterangan tanya

Digunakan untukmenerangkan masa, cara, sebab dan keadaan

siapa, bila, mana, mengapa, kenapa, apa, bagaimana, berapa

1   Ke manakah kamu semalam, Anne?

2   Apakah perkara yang sedang kamu bualkan itu, Man?” tanya Shahmi.

Kata keterangan ragam/tak tentu

Digunakan untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti

agaknya, barangkali, entah-entah, harus, mesti, patut, memang, nescaya, semoga

1   Agaknya Pak Lah masih marah dengan kamu, Janan?” kata Sabri.

2   Tidak patut Mak Tijah memperlakukan anak bongsunya  itu seperti anak tiri.

Kata keterangan nafi

Digunakan untuk menafikan sesuatu

Tidak, bukan, tak

1   Zainah tidak mahu mematuhi arahan gurunya.

2   Marsinah bukan sombong tetapi pendiam.

 

·         Selain kata keterangan di atas, terdapat kata keterangan lain yang tidak dapat dikategorikan. Antaranya ialah hanya, jua, juga, dan saja.

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata keterangan seperti yang berikut:-

       1.   Kesalahan meletakkan kata keterangan saja, juga, dan lagi di depan frasa nama, frasa sendi,  frasa adjektif dan frasa kerja yang menjadi predikat ayat.

Contoh:

                1. a)        Datuk saya juga seorang ketua kampung. (X)

                    b)        Datuk saya seorang ketua kampung  juga. (√)

 

                2. a)        Pemuda itu saja termenung. (X)

                    b)        Pemuda itu termenung saja. (√)

 

                3. a)        Ibu Salim lagi demam. (X)

                    b)        Ibu Salim demam lagi. (√)

 

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot