Skrip Juruacara Persaraan Ustazah Hamidah SK Sik Dalam 2 Oktober 2023 - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday 4 October 2023

Skrip Juruacara Persaraan Ustazah Hamidah SK Sik Dalam 2 Oktober 2023

 

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Uztazah Hamidah binti Ahmad  Bersama suami tercinta Cikgu Jamaluddin bin Ghazali.

Selepas silat

Dari pentas utama SK Sik Dalam, kami bawakan kepada anda Majlis Jambangan Kasih Haruman budi sempena persaraan Ustazah Hamidah binti Ahmad.

 

Bismilahhirahmanirahim

Asalamualaikum w.b.t.

Yang diraikan Ustazah Hamidah binti Ahmad bersama suami tercinta Cikgu Jamaluddin bin Ghazali serta kaum keluarga.

 

Yang berusaha, Cikgu Idham Nasri bin Jaafar,

Guru Besar Sk Sik Dalam

Yang Berusaha …………………………………………

Yang berusaha ……………………………………………

Yang berbahagia, Tuan Haji Abu Mansor bin Hasyim

YDP PIBG SK Sik Dalam serta AJK pibg

Guru-guru penolong kanan, guru-guru, sanak saudara ustazah Hamidah, seluruh warga kerja Sk Sik Dalam dan seterusnya anak-anak sekalian. 

 

Menyinsing lengan menyusun irama

            Cerita kisah mendam berahi;

Sisipkan kenangan ketika bersama,

          Bertemu berpisah rencana Ilahi.

 

Perahu kecil di lambung gelombang,

         Terlihat jauh di Tanjung Jati,

Puan umpama bunga yang kembang,

         Sentiasa mekar  dalam hati.

 

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan. Jangan sesekali kita menyesali perpisahan kerana sesungguhnya pertemuan itulah yang akhirnya  melahirkan bibit-bibit perpisahan.   

 

Hadirin, kita berkampung pada hari ini tidak lain tidak bukan adalah untuk   untuk meraikan Yang berusaha, Ustazah Hamidah binti Ahmad  yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.

 

Bunga kaca cantik tersemat

Pakai si gadis di Tanjung  Jati

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

 

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadzil Ustaz Muhammad Ahnaf bin Mohamad Noordin.  Majlis mempersilakan al fadzil ustaz.  

 

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Semoga majlis kita usai dengan jayanya.

 

Hadirin sekalian

 

Andai bintang di angkasa pun tidak mampu dikira begitulah juga besarnya jasa Ustazah Hamidah disini sehingga tidak mampu untuk kami membalasnya. Sekalung penghargaan diucapkan buat Ustazah Hamidah yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Tidaklah seberapa majlis ini untuk meraikan puan berbanding jasa puan di sini.

 

Hadirin dan hadirat yang di rahmati Allah sekalian

 

Meneruskan kelangsungan acara, majlis mempersilakan anakanda Dhia Nur Insyirah binti Khairul Azmi untuk memberi ucapan mewakili semua murid SK Sik Dalam. Majlis mempersilakan.

 

-           Habis ucapan murid -

 

Terima kasih atas ucapan wakil murid sebentar tadi.

Duduk sekawan si burung unta,

         Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,

         Kata azimat pembingkis kalam.

 

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha, Cikgu Idham, Nasri bin Jaafar, Furu Besar Sek.Keb.sik Dalam untuk tampil menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan

-        

S        Selesai Ucapan Guru Besar –

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Cikgu Idham Nasri bin Jaafar  menyampaikan ucapan   sebentar tadi.

Pasang pelita di hujung papan

Tumpah minyaknya terkena lengan.

Pemanis kata membingkis ucapan

Tersemat di dada menyulam kenangan.

 

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu titipan ucapan salam perpisahan daripada Yang diraikan Ustazah Hamidah binti Ahmad.  Majlis dengan segala hormatnya   menjemput dan mempersilakan puan.

 

Selesai ucapan Ustazah Hamidah

 

Air di kendi bercampur santan,

Buat hidangan di pagi raya,

Hanya budi dalam ingatan,

Buat kenangan sepanjang usia

 

Majlis merakamkan ucapan berbanyak terima kasih atas ucapan daripada Ustazah Hamidah sebentar tadi. Itu juga merupakan ucapan terakhir  di hadapan warga pendidik dan juga anak-anak murid selaku seorang penjawat awam.  Pastinya perasaan yang bercampur baur menguasai diri kita tanpa disedari.

 

Berikut kita saksikan pula persembahan multimedia dari Kirana TV Sek.Keb.Sik Dalam. Multimedia ini memaparkan serba sedikit pengalaman dan keterlibatan Ustazah Hamidah dalam dunia pendidikan.

-       

 S       Selepas tayangan -

 

 Terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.

 

 

-            Memotong Kek -

 

 

Berikut kita sajikan pula acara memotong kek.  Untuk menyempurnakan acara ini, Majlis mempersilakan Tuan Guru Besar serta semua guru penolong kanan untuk menjemput dan mengiringi Uastazah Hamidah dan suami  ke pentas sekali lagi.

Majlis mempersilakan tuan sekalian.

-        

        Habis acara memotong kek -

 

 Uzstazah Hamidah dan suami minta kekal di pelaminan.

 

Dari Jeddah belayar ke Kedah,

Membawa pala dan juga joran

Ucapan sudah, kek pun sudah,

Persembahan pula mengambil giliran

 

Kita berjeda seketika, mencipta bening dengan menyaksikan persembahan khas gabungan antara Tuan Guru besar dan anak-anak Sek.Keb.Sik Dalam.

 

Mengiringi petikan gitar tuan guru besar, anakanda Darwisya dan anakanda Zalikha, murid tahun 4 akan melontarkan bait-bait lirik lagu Pelangi petang.

 

ama-sama kita saksikan.

-        

        Selepas persembahan 1 -

 

Demikian tadi persembahan pertama dari trio gabungan guru besar dengan anak didiknya. Lagu pelang di tulis lirik dan dinyanyikan sendiri oleh Allahyarham Sudirman pada tahun 1982. Lagu tadi menambahkan lagi kesuraman dan kesedihan, menahan kepedihan meniti perpisahan.

 

Sebagai ucapan terima kasih yang tidak terhingga  kepada budi dan Jasa Ustazah Hamidah di sini, kini, kita tampilkan pula koir dari anak-anak tahun 5. Koir di bawah bimbingan Puan Yuslina Yusuf ini akan menyampaikan lagu Jiwa yang bersedih.

 

Majlis mempersilakan.

 

-        

        Selepas persembahan 2 -

 

Lagu yang baru di sampaikan tadi adalah lagu asal dari seberang nyanyian Ghea Indrawari. Terma kasih atas persembahan.

 

Sebagai tanda kenang-kenangan dan rasa cinta kami warga Sk Sik Dalam, berikut kita sempurnakan pula majlis penyampaian hadiah.  Majlis mempersilakan Ustazah Hamidah dan suami tampil ke hadapan.

-       Selesai hadiah-

 

Di hujung halaman  tumbuhnya padi

Rebah serumpun dihempap  kelapa

Jambangan kasih, haruman budi

Jasamu puan takkan terlupa.

Hadirin yang dihormati,


 

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan beratnya hati melepaskannya pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Uztazah Hamidah akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

 

Selamat bersara Uztazah. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman.

 

adirin, sekian berakhirlan majlis kita pada hari ini. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

 

Saya serahkan majlis ini kepada floor manager Cikgu Ummi Fitriah binti Awang untuk acara selanjutnya.



Assalammualaikum w.b.t.

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot