LATIHAN CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday 8 August 2022

LATIHAN CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

 


Pilih ayat pindah yang sama maksud dengan ayat diberi,

 

1. “Jangan dibunuh semut-semut itu,” kata nenek kepada Amirul.

A Nenek memberitahu Amirul membunuh semut-semut itu.

B Nenek melarang Amirul membunuh semut-semut itu

C Nenek memarahi Amirul membunuh semut-semut itu.

D Nenek menyuruh Amirul membunuh semut-semut itu.

 

2. “ Marilah bersarapan bersama-sama dengan kami, Anis,” kata Amira dan Anum.

A Amira dan Anum mempelawa Anis bersarapan bersama-sama mereka.

B Amira dan Anum memujuk Anis bersarapan bersama-sama mereka.

C Amira dan Anum memaksa Anis bersarapan bersama-sama mereka.

D Amira dan Anum mengarah Anis bersarapan bersama-samamereka

 

3. “ Bilakah awak akan menyiapkan tugasan ini ?” kata Cikgu Nasir kepada Ayub.

A Ayub menyuruh Cikgu Nasir menyiapkan tugasannya.

B Ayub memberitahu Cikgu Nasir dia akan menyiapkan tugasannya.

C Cikgu Nasir bertanya Ayub tentang tempoh dia akan menyiapkan tugasannya.

D Cikgu Nasir bertanya Ayub tentang tugasan yang diberikannya.

 

4. “ Wah , cantik sungguh tudung awak Nani, berkilau-kilau labucinya !” kata Nanu kepada Nina.

A Nanu mengeji kain tudung yang dipakai oleh Nani.

B Nanu memuji kecantikan pakaian Nani.

C Nanu memuji kecantikan kain tudung Nani.

D Nanu meminta Nani memakai kain tudung yang cantik.

 

5. “ Saya tidak tahu tentang kehilangan dompet itu,” kata Rina Kepada Ailin.

A Ailin ingin tahu tentang kehilangan dompet.

B Rina menyatakan dia tahu tentang kehilangan dompet.

C Ailin memaksa Rina supaya memberitahunya tentang dompet itu.

D Rina memberitahu yang dia tidak tahu tentang kehilangan dompet itu.

 

6. “ Di manakah Stesen Komuter Serdang ?” tanya pelancong dari Jepun.

A Pelancong dari Jepun ingin menaiki Komuter Serdang.

B Pelancong dari Jepun memberitahu tentang Stesen Komuter Serdang.

C Pelancong itu hendak menaiki komuter ke Stesen Komuter Serdang.

D Pelancong itu ingin tahu kedudukan Stesen Komuter Serdang.

 

7. “ Pada pendapat saya, penjenayah itu patut dibawa ke muka pengadilan,” kata Ramzi kepada Ramli.

A Ramli menyatakan penjenayah itu patut menerima hukuman.

B Ramzi mahu Ramli membawa penjenayah ke muka pengadilan.

C Ramzi berpendapat bahawa penjenayah itu harus diadili.

D Ramli berpendapat bahawa Ramzi patut mengadili penjenayah itu.

 

8. “ Tolong naik ke darat, ombak besar sedang menuju ke pantai,” tegas pengawal pantai kepada para pengunjung.

A Pengawal pantai mengarah semua pengunjung supaya segera ke darat.

B Orang ramai diminta supaya segera ke pantai kerana ombak besar akan tiba.

C Pengawal pantai memberitahu agar para pengunjung bersedia untuk melihat ombak besar.

D Para pengunjung terkejut apabila melihat kehadiran ombak besar ke pantai .

 

9. “ Kalau hendak membeli sayur, pilihlah yang bebas daripada racun ,” pesan Puan Wee kepada jirannya.

A Puan Wee mengajak jirannya memilih sayur yang segar.

B Puan Wee menasihati jirannya memilih ketika membeli sayur.

C Puan Wee menyuruh jirannya membeli sayur yang diperlunya.

D Puan Wee melarang jirannya memilih sayur yang beracun.

 

10. “ Sebelum hantar ,pastikan kamu telah menyemak semua soalan,” kata ketua pengawas kepada murid-murid.

A Murid-murid dinasihati agar menyemak semua soalan selepas menjawab.

B Murid-murid disuruh menyemak semua soalan sebelum menghantarnya.

C Ketua pengawas membantu murid-murid menyemak semua soalan mereka sebelum dihantar.

D Ketua pengawas memaksa semua murid supaya menyemak semua soalan mereka.

 

11. “ Kain songket ini mahal harganya kerana tenunannya halus dan cantik,” kata penjual kepada pelanggannya.

A Pelanggan memberitahu bahawa harga kain songket itu mahal.

B Penjual menjual kain songket tenunan itu kerana harganya mahal.

C Kain songket itu dijual mahal kerana tenunannya halus dan cantik.

D Harga kain songket itu mahal kerana penjualnya cantik dan halus.

 

12. Emak menasihati Suria agar belajar rajin-rajin supaya masa depannya cerah.

A Kata Suria, “ Saya rajin belajar supaya masa depan akan cerah.”

B Kata emak, “ Emak rajin belajar agar masa depan kamu akan cerah.”

C Kata emak,“ Rajin-rajinlah belajar,nanti masa depan kamu akan cerah.”

D Kata Suria, “ Kamu mesti rajin belajar agar masa depan akan cerah.”

 

13. Raden memberitahu Cikgu Salina bahawa dia tidak tahu apa-apa.

A “ Saya tidak memberitahu apa-apa cikgu,” tegas Raden.

B “ Maafkan saya cikgu.Saya tidak ada apa-apa,” kata Raden.

C “ Saya tidak mengetahui apa-apa ,cikgu .” kata Cikgu Salina.

D “ Adakah kamu mengetahui apa-apa Raden?” kata Cikgu Salina.

 

14. Arini dan Raj mempelawa Nancy bermain bersama dengan mereka.

A “ Marilah kita bermain bersama-sama,Nancy.” Kata Arini dan Raj.

B “ Kamu bermainlah bersama-sama Arini dan Raj,” pelawa Nancy.

C “ Bolehkah kamu bermain bersama-sama kami ?” tanya Nancy.

D “ Raj, mari kita bermain bersama-sama Nancy,” kata Arini.

Pilih cakap ajuk yang paling sesuai dengan ayat diberi.

 

15. Najib memberitahu ayahnya bahawa Bidin rakan sekelasnya.

A Kata Naim, “Ayah, ini Bidin. Kawan lama saya di sekolah.”

B Kata Naim, “Ayah, Bidin ada seorang rakan di sekolah.”

C Kata Naim, “Ayah Bidin adalah seorang rakan saya di sekolah.”

D Kata Naim, “Ayah, Bidin belajar sekelas dengan saya di sekolah.”

 

16. Mariam mengajak Maimun ke kantin.

A “ Ajaklah Maimun ke kantin,” kata Mariam.

B “ Maimun, mari kita ke kantin,” kata Mariam.

C “ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Mariam.

D “ Maimun mengajak saya ke kantin,” kata Mariam.

 

17. Salmi mempersilakan Devi duduk.

A “ Sila duduk,” kata Salmi kepada Devi.

B “ Janganlah duduk,” kata Salmi kepada Devi.

C “ Silalah duduk Salmi,”kata Devi kepada Salmi.

D “ Harap kamu duduk,” kata Devi kepada Salmi.

 

18. Nabil memuji keindahan pemandangan Pulau Langkawi.

A “ Amboi, indah sungguh pemandangan di sini,” kata Nabil.

B “ Oh, cantiknya keindahan di Pulau Langkawi,” kata Nabil.

C “ Wah, indahnya pemandangan Pulau Langkawi,” kata Nabil.

D “ Nah, pemandangan di Pulau Langkawi indah nian,” kata Nabil.

 

19. Murad meminta Aiman memberikan buku cerita itu kepadanya.

A “ Silalah berikan buku cerita itu kepada saya,” pinta Murad.

B “ Tolong berikan buku cerita itu kepada saya,” pinta Murad.

C “ Imran,kamu berikan buku cerita kepada saya,” pinta Murad.

D “ Berikanlah buku cerita Aiman kepada saya,” pinta Murad.

 

20. Pak Usin bertanya kepada Amat tentang tarikh kepulangan datuknya dari Mekah.

A “ Adakah datuk kamu baru pulang dari Mekah?” tanya Pak Usin.

B “ Sudahkan datuk kamu pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.

C “ Bilakah datuk kamu akan pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.

D “ Bagaimana datuk kamu akan pulang dari Mekah ?” tanya Pak Usin.

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot