Nota Cakap Ajuk dan Cakap Pindah - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday 19 July 2022

Nota Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

 


Ayat Cakap Ajuk

Ayat cakap ajuk ialah ayat daripada percakapan seseorang yang disalin atau ditiru semula secara bulat-bulat seperti yang diucapkan tanpa mengubah maksudnya. Ayat cakap ajuk ini ditandai dengan tanda petik (“……….”).

 

Ayat Cakap Pindah

Ayat cakap pindah ialah ayat daripada percakapan seseorang yang ditulis atau disalin dengan gaya bahasa kita sendiri tanpa mengubah maksudnya.

 

Perhatikan contoh ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah di bawah ini.

 

Ayat Cakap Ajuk

Ayat Cakap Pindah

1. “Saya amat meminati penyanyi Siti  Nurhaliza,” kata Mahyun.


1. Maimun berkata bahawa dia amat meminati penyanyi Siti Nurhaliza.

   

2. “Mengapakah dahi kamu benjol?” tanya  Ramlan kepada adiknya.

  

2. Ramlan bertanya kepada adiknya sebab  kepalanya benjol.

  

3. Kata Faiz, “Jangan hampiri perigi buta itu,  Kamil.”

    

3. Faiz melarang Kamil daripada menghampiri  perigi buta itu.

  

4. “Wah, cantiknya bunga ros ini!” kata Mary.

4. Dengan rasa kagum Mary berkata bahawa  bunga ros itu cantik.

  

 

·         Apabila hendak menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dan begitu juga sebalik, beberapa perkara perlu diubah terutama kata ganti nama, masa, kata keterangan, kata ganti nama tunjuk, dan kata kata ganti nama tempat.

 

Perhatikan perubahan di bawah ini.

 

Perkara

Ayat Cakap Ajuk

Ayat Cakap Pindah

Kata ganti nama diri pertama

aku, saya, hamba

patik

beta

kami, kita

dia, ia, nya

 baginda

mereka


Kata ganti nama diri kedua

anda, awak, kamu

engkau

anda sekalian

kamu semua

saya, dia, nya

 

kami, kita

Kata ganti nama diri ketiga

dia

beliau

mereka

dia

beliau

mereka

Kata ganti nama tunjuk

ini

itu

Kata ganti nama tempat

sini

sana, situ, tempat itu

Kata keterangan cara

begini

demikian ini

begitu

demikian itu

Kata keterangan masa

sekarang

tadi

malam tadi

semalam

hari ini

esok

masa itu, ketika itu

tadinya itu

malam lepas

hari semalamnya

hari itu

esoknya, keesokan harinya

 

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot