Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.
Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.
Ayat Aktif |
Ayat Pasif
|
1. Saya sudah menyiapkan semua sekolah. |
1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan. |
2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar. |
2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar. |
3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi. |
3. Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya. |
4. Ayah membelah kayu api itu. |
4. Kayu api itu dibelah oleh ayah. |
5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu. |
5. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka. |
Jenis-jenis Ayat Aktif
Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-
1. Ayat aktif transitif
2. Ayat aktif tak transitif
a) Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.
Perhatikan binaan ayat aktif transitif di bawah ini.
Subjek |
Predikat |
|
|
Kata Kerja Transitif
|
Objek
|
1. Dia 2. Pak Samad 3. Sazali 4. Kami 5. Beliau
|
memancing membajak memarahi mematuhi merasmikan
|
ikan. sawah itu. anaknya. ajaran guru. bangunan baru itu.
|
b) Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.
· Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.
Jenis-jenis Ayat Pasif
Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:-
1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)
Perhatikan penerangan di bawah ini.
a) Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b) Rumah itu saya bina.
b) Kereta itu kami beli.
b) Jambatan itu aku robohkan.
b) Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Jam tangan itu kamu beli?
2. Kasut kulit itu awak gilap?
3. Buku novel itu anda baca?
c) Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.
· Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.
· Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
b) Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)
b) Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
b) Nasi itu telah saya tanak. (√)
4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
b) Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)
No comments:
Post a Comment