Teks Ucapan Pengacara Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi Kumpulan Pengakap Daerah Sik 2019 - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, 20 April 2019

Teks Ucapan Pengacara Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi Kumpulan Pengakap Daerah Sik 2019


Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi Kumpulan Pengakap Daerah Sik 2019
23 APRIL 2019
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BERIS JAYA
Umum
Mohon perhatian kepada Semua hadiri
Majlis akan bermula sebentar lagi, akan saya umum beberapa maklumat yang perlu kita patuhi demi memastikan aturcara pada hari ini berjalan dengan tertatur dan sempurna.

Semua para hadirin di harap dapat mengambil tempat duduk yang tertera nama masing-masing. Namun sebelum itu, semua pengetua dan guru besar diharapkan dapat  berada dan beratur di luar dewan di tempat yang telah disediakan untuk menyambut ketibaan tuan pengarah. Guru-guru penolong kanan di minta kekal ditempat duduk.

Apabila tuan pengarah bersama dengan tetamu-tetamu kenamaan masuk dan mengambil tempat, barulah berlaku pergerakan Pengetua dan guru besar ke tempat duduk masing-masing. 

Hadirin diminta berdiri ketika tetamu kenamaan masuk ke dalam dewan dan kekal berdiri sehinggalah nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Pengakap Malaysia dan Persetiaan Pengakap usai semuanya.

Seperkara lagi, apabila telah selesai majlis penutup, akan di adakan sesi bergambar.  Semua tetamu kenamaan akan di jemput berada dan dihadapan. Sesi bergambar ini akan di lakukan dalam 3 sesi iaitu di mulai dengan pengetua  dan guru besar, kemudiannya diikuti oleh semua guru penolong kanan kokurikulum dan akhir sekali sesi bersama Majlis Pengakap Daerah Sik.  

Apabila habis sesi bergambar, semua tetamu kenamaan akan di jemput meninggalkan majlis.  Tuan-tuan dan puan-puan diminta kekal di dalam dewan, sehinggalah juruacara menjemput dan mempersilakan para hadirin untuk menikmati jamuan yang disajikan.

 Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung, agar tidak menganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai, terima kasih.

Ketibaan VIP
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha  Cikgu Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah merangkap Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah serta tetamu-tetamu jemputan masuk ke dalam dewan. Hadirin diminta berdiri..

Bismilahhirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t...................Selamat sejahtera...........Dan Salam Pengakap
.
  1. Yang Berusaha  Cikgu Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah merangkap Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah

                    2. Yang Berusaha Cg Amirulddin bin Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah  
             Sik   merangkap Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Sik,

3      3. Yang Berbahagia Tuan Haji Nizar bin  Yusoff,
      Ketua Pensuruhjaya, Persekutuan  Pengakap Malaysia, Negeri Kedah Darul   
     Aman
Y    4. Yang Berusaha Cikgu Abdullah bin Abdul Manaf, Timbalan Pegawai   
          Pendidikan    Daerah Sik merangkap Naib Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Sik

5     5. Yang Berusaha Ustaz  Mohd Isa bin Hamid , Guru Besar Sek.Keb. Bandar Baru Beris Jaya

6     6.  Yang Berbahagia En Abdul Samad bin  Abd. Hakim, Timbalan 1 Ketua Pensuruhjaya Pengakap Negeri Kedah

7     7.  Yang Berbahagia Tuan Haji Omar bin Eting, Timbalan Ketua Pensuruhjaya 2, Pengakap Negeri Kedah


       8. Yang Berusaha Cikgu Badrul Hisham bin Abdullah, Pengerusi Program Pengakap Negeri Kedah

9     9. Yang berusaha Cikgu Saiful Azlan bin Azimat, Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Kedah


1    10. Yang Berusaha Cikgu Ahmad Rosli bin Zainol Abidin,    Pensuruhjaya Pengakap Daerah Sik

1     11. Ahli-ahli Majlis Pengakap Daerah Sik, Penolong-penolong pensuruhjaya Pengakap Daerah Sik, Pengerusi dan Naib pengerusi Kumpulan Pengakap Daerah Sik,

1     12. Ahli Jawatankuasa kerja Majlis Penyampaian watikah dan Perlantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi Kumpulan Pengakap Daerah Sik 2019,

1     13. Tuan-tuan dan puan-puan dan seterusnya hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.


Hadirin Sekalian,
Demi memastikan aturcara yang telah kita rencanakan pada pagi ini berjalan dengan lancar dan sempurna, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al fadzil Ustaz Khairul Nizar bin  Abu Khari. Majlis mempersilakan Al Fadzil Ustaz.
(Bacaan doa)
Amin Ya Rabbal A’lamin.Terima kasih diucapkan kepada Al fadzil Ustaz Khairul Nizar atas bacaan doa sebentar tadi.
Majlis pada petang kita mukadimahkan dengan mempersilakan Cikgu Saiful Azlan bin Azimat, Pengerusi latihan Pengakap Negeri Kedah untuk upacara Pengzahiran Watikah Pelantikan Majlis Pengakap Daerah Sik dan Majlis Pensuruhjaya Pengakap Daerah Sik. Tuan, dipersilakan.
Selepas Upacara Pengzahiran

Majlis merakamkan berbanyak ucapan terima  kepada Cikgu Saiful Azlan bin Azimat atas upacara yang dilangsungkan sebentar tadi

Bukit di daki, lurah dituruni,
Beris Jaya  tempat bersua,
Salam Pengakap hamba santuni
Selamat datang untuk semua
  
Alhamdulillah, kita  bersyukur  kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kita dipertemukan dan sama-sama berkampung di sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya ini, untuk sama-sama menjayakan Majlis Penyampaian watikah Majlis Pengakap Daerah Sik dan Majlis Pensuruhjaya Pengakap Daerah Sik. Majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terimakasih kepada Yang berusaha Cikgu Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah  serta tetamu-tetamu jemputan dan para hadirin kerana telah sudi meluangkan masa, berlapang dada menghadiri majlis kita pada petang ini.

Untuk Makluman, Ketibaan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah sebentar  tadi telah disambut oleh pasukan kawalan kehormatan dari Pasukan pengakap Sek. Keb Kota Aur di bawah Pimpinan Cg Mohd Faizal bin Ali. Manakala pancaragam yang mengiringi pasukan kawalan kehormat dan juga bait-bait lagu yang baru saja kita nyanyikan sebentar tadi adalah Pasukan Pancaragam Pengakap Negeri Kedah di bawah pimpinan Cikgu Ahmad Rosli bin Zainol Abidin, yang juga   Pensuruhjaya Pengakap Daerah Sik.

Hadirin Sekalian,
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Pengakap Daerah Sik dan Majlis Pesuruhjaya Daerah Sik, Persekutuan Pengakap Malaysia 2019 ini melibatkan seramai 5 Orang Ahli Majlis Pengakap Daerah Sik, 64 orang Pengerusi dan naib  Pengerusi  kumpulan yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan penolong kanan dari 32 buah sekolah menengah dan rendah di daerah Sik serta 21 orang ahli Majlis Pesuruhjaya Daerah Sik.


Meneruskan kelangsungan acara, Majlis dengan  segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Cg Amirulddin bin Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Sik merangkap Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Sik, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Cikgu, dipersilakan.
(Ucapan PPD)
Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berusaha Cg Amirulddin bin Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Sik atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Nizar bin  Yusoff, Ketua Pensuruhjaya, Persekutuan  Pengakap Malaysia, Negeri Kedah untuk memberikan ucapan.  Tuan dipersilakan.

(Selesai Ucapan Ketua Pensuruhjaya Pengakap Malaysia, Negeri Kedah )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang baru saja disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Nizar bin  Yusoff, Ketua Pensuruhjaya, Persekutuan  Pengakap Malaysia, Negeri Kedah sebentar tadi.  Terima kasih tuan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bukit Enggang menjadi pelengkap
Panorama indah cukup mendamaikan
Ucapan aluan sudah diungkap
Menyusul kini  watikah Pelantikan

Untuk menyempunakan majlis penyampaian watikah Pelantikan, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah merangkap Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah dengan diringi oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Nizar bin  Yusoff, Ketua Pensuruhjaya, Persekutuan  Pengakap Malaysia, Negeri Kedah. Tuan berdua di persilakan ke pentas utama.

Kita mulakan penyampaian watikah Pelantikan kepada ahli majlis pengakap Daerah Sik.

~ Rujuk senarai nama

Seterusnya penyampaian Watikah Pelantikan kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi kumpulan.

~ Rujuk senarai nama

Berikutnya, kita sampaikan pula watikah Pelantikan  kepada Ahli Majlis Pensuruhjaya Pengakap Daerah Sik.

~  Rujuk Senarai nama

Pihak Majlis mengucapkan tahniah kepada semua penerima watikah Pelantikan dan terima kasih juga kepada Cikgu Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah  dan Yang Berbahagia Tuan Haji Nizar bin  Yusoff, Ketua Pensuruhjaya, Persekutuan  Pengakap Malaysia, Negeri Kedah atas kesudian menyampaikan watikah Pelantikan sebentar tadi.

(Hentikan majlis sebentar untuk memberi ruang kepada Cikgu Saiful Azlan bin Azimat, Pengerusi latihan Pengakap Negeri Kedah untuk upacara Pengzahiran   Watikah Pelantikan Majlis Pengakap Daerah Sik dan Majlis Pensuruhjaya Pengakap Daerah Sik. )

Selesai Upacara Pengzahiran

Hadirin sekalian.

Kini tiba detik dan waktunya majlis mempersilakan Cikgu Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah untuk memberikan ucapan dan seterusnya  menutup dengan rasminya  majlis penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Pengakap Malaysia dan Majlis Pensuruhjaya Pengakap Malaysia Daerah Sik 2019 pada hari ini. Majlis Mempersilakan Tuan

~ Selesai ucapan penutup
 
Dengan lafaz Bismilahhirahmanirahhim itu tadi, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Pengakap Malaysia dan Majlis Pensuruhjaya Pengakap Malaysia Daerah Sik 2019 ditutup dengan rasminya.  Majlis merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada Cikgu Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, atas ucapan penutupan itu tadi.

Terima kasih tuan atas ucpacara

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian kedua  tetamu utama hadir bersama-sama dalam majlis yang kita adakan pada hari ini, pihak Majlis mempersilakan yang berusaha Cikgu Amirulddin bin Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Sik merangkap Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Sik untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan.  Tuan, dipersilakan.

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Nizar bin  Yusoff, Ketua Pensuruhjaya, Persekutuan  Pengakap Malaysia, Negeri Kedah Darul Aman untuk menerima cenderamata.

Majlis turut mempersilakan Yang berusaha Cikgu Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Majlis mempersilakan, tuan.

~ Cenderamata 

Terima kasih daun keladi kepada tuan bertiga.

~ Penutup 

Bintang barat terbit petang
Bintang timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur betemu lagi

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah Majlis Penyampaian Watikah Majlis Pengakap Malaysia dan Majlis Pensuruhjaya Pengakap Malaysia Daerah Sik 2019

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Jutaan penghargaan & ribuan terima kasih kepada yang berusaha Cikgu Abd Aziz bin Selaiman,dan Yang berbahagia Tuan Haji Nizar bin  Yusoff, tetamu-tetamu kenamaan serta hadirin & hadirat sekalian yang sudi meluangkan masa memeriahkan majlis penyampaian watikah pada pagi ini .Saya mewakili Jawatankuasa Kerja  Majlis penyampaian watikah Pengakap Daerah Sik, memohon maaf seandainya terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini  berlangsung. 

Kita akhiri majlis kita pada pagi ini dengan memohon  kebenaran semua tetamu-tetamu kenamaan untuk bersama-sama dalam sesi fotografi.

Sesi fotografi ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian.

Dimulai dengan Pengetua dan Guru Besar.  Selepas itu, Guru-guru penolong kanan dan kemudiannnya Majlis Pensuruhjaya Pengakap Daerah Sik.

Habis Sesi Fotografi

 Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu kenamaan yang berlapang dada, bergambar bersama.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Amirulddin bin Abd. Hamid , Pegawai Pendidikan Daerah Sik untuk menjemput dan mengiringi tetamu-tetamu kenamaan meninggalkan majlis. 

Wabillah …

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot