Skrip Penutup Karnival Bahasa Melayu Daerah Sik 2019 - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday 19 April 2019

Skrip Penutup Karnival Bahasa Melayu Daerah Sik 2019


Skrip Penutup Karnival Bahasa Melayu Daerah  Sik 2019
25 April 2019

Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

Yang Berusaha Cg Amirulddin bin Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Sik
Yang berusaha  Cikgu Mat Yusuf bin Mat Hashim
Guru besar Sek. Keb. Danglau merangkap Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Daerah Sik

Yang Berusaha Cg Shukari bin Yaakob
Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Sik

Yang berusaha Cikgu Ghazali bin Shaari, SIC + PPD Sik

Guru-guru besar, Sekolah-sekolah Daerah Sik,  Ketua hakim, Hakim-Hakim, guru-guru penolong kanan, Guru-guru pengiring, jurulatih-jurulatih dan seterusnya anak-anak peserta Karnival Bahasa Melayu Daerah Sik,2019.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita bersyukur  ke hadrat Allah S.W.T  kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu dan kesempatan,   berkampung di Dewan utama Sek. Keb. Danglau i ini untuk menjayakan majlis penutup Karnival Bahasa Melayu Daerah Sik 2019. Semoga aktiviti seperti ini akan meningkatkan dan memertabatkan lagi penguasaan bahasa Melayu, bahasa ibunda kita

Bunga tanjung di pandang molek
cantik berwarna di alam maya
Bahasa melayu dijunjung, Bahasa Inggeris di kelek
Keduanya bermakna di persada dunia

Untuk makluman hadirin, bermula awal pagi tadi, telah pun dilangsungkan acara Bercerita tahap 1 dan 2, pidato dan juga syair.  Debaran para peserta yang sudah pun reda sebentar tadi begemuruh kembali menanti pengumuman keputusan.  Adakah terkandas hingga setakat ini atau melangkau jauh ke peringkat negeri. ?

Hadirin sekalian,

Demi memastikan aturcara yang kita rencanakan berjalan lancar dan usai dengan sempurna , Majlis mempersilakan Al Fadzil Ustaz Tuan Haji Mohd Adeli bin Mad Noor untuk melafazkan bacaan doa. Di persilakan.

Habis Doa.

Amin…amin.. ya Rabbal Alamin. Terima kasih al fadzil ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.
Meneruskan kelangsungan acara Majlis mempersilakan Yang Berusaha Cg Amirulddin bin Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Sik untuk memberikan ucapan dan seterusnya menutup dengan rasminya Karnvial Bahas Melayu Daerah Sik kali pertama 2019. Majlis mempersilakan, tuan.

Ucapan penutup

Dengan Lafaz Bismilahhirahmanirrahin  itu tadi, Karnival Bahasa Melayu Daerah Sik kali pertama 2019 ditutup dengan rasminya. Majlis Merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan penutupan oleh tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sebentar tadi.

Belantara diredah tak pernah sudah,
Tiba malamnya pasang pelita,
bertanding sudah, penutup pun sudah,
Kini tikanya, keputusan di warta.

Indah hiasan baginda ratu,
Turun berendam di pulau tiga
Keputusan diumum  satu persatu
Meredam getar jiwa dan raga
   
Kini tiba detik dan waktunya, Majlis penyampaian  hadiah, Sijil penghargaan dan Sijil Penyertaan.    

Untuk menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah, dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Berusaha Cg Amirulddin bin Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Sik  dengan diiringi oleh Cikgu Mat Yusuf Bin Mat Hasyim, Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Daerah Sik dan Cikgu Shukari bin Yaakob, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Sik.  Majlis mempersilakan tuan bertiga.

Rujuk Keputusan

Tahniah kepada sekolah yang berjaya,dan syabas kepada peserta yang menjadi juara.  Bagi yang tidak bernasib baik, kecewa bukan penawar segala. Jadikanlah kegagalan sebagai pembakar semangat untuk mencuba pada masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Cg Amirulddin bin Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Sik hadir dan sudi menyampaikan  hadiah pada majlis ini, Majlis mempersilakan yang berusaha Cikgu Mat Yusuf Bin Mat Hasyim untuk menyampaikan cenderahati kepada tuan PPD. Tuan berdua dipersilakan.
Selepas cenderamata

Terima kasih kepada tuan berdua.
Majlis kita sampai dipenghujungnya, pihak majlis  mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan karnival  Bahasa Melayu daerah Sik 2019  ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Sebelum usai majlis kita, suka saya memetik kata-kata pujangga, Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa tetapi Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
Kepada yang berjaya, Selamat membawa nama daerah Sik di peringkat negeri nanti.  Sampai kita jumpa lagi . Asalamualaikum wbt


Disediakan Oleh : Cikgu Nasaruddin Darus
                               Sek. Keb. Sik Dalam

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot