Puisidra Muzikal Lagenda Mahsuri - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Saturday, 24 November 2018

Puisidra Muzikal Lagenda Mahsuri

Your Ad Spot
Video Puisidra Muzikal Mahsuri



     
 Gambar-gambar ketika latihan

DSC_0208

DSC_0212

DSC_0214

DSC_0215

DSC_0216

DSC_0220

DSC_0221

DSC_0223

DSC_0226

DSC_0227

DSC_0228

DSC_0229

DSC_0230

DSC_0231

DSC_0232

DSC_0234

DSC_0236

DSC_0237

DSC_0240

DSC_0242

DSC_0243

DSC_0245

DSC_0244

DSC_0246

DSC_0249

DSC_0250

DSC_0251

DSC_0257

DSC_0261

DSC_0264

DSC_0266

DSC_0267

Hari Persembahan
mahsuri+1

mahsuri+2



mahsuri+%25281%2529

mahsuri+%25282%2529

mahsuri+%25283%2529

mahsuri+%25284%2529

mahsuri+%25285%2529

mahsuri+%25286%2529

mahsuri+%25287%2529

mahsuri+%25288%2529

mahsuri+%25289%2529

mahsuri+%252810%2529



mahsuri+%252813%2529

mahsuri+%252815%2529

mahsuri+%252816%2529

mahsuri+%252817%2529

mahsuri+%252818%2529

mahsuri+%252819%2529

mahsuri+%252820%2529

mahsuri+%252821%2529

mahsuri+%252822%2529

mahsuri+%252823%2529

mahsuri+%252824%2529

mahsuri+%252825%2529

mahsuri+%252826%2529

mahsuri+%252827%2529

mahsuri+%252828%2529

mahsuri+%252829%2529

mahsuri+%252830%2529

mahsuri+%252831%2529


mahsuri+%252833%2529

mahsuri+%252834%2529

mahsuri+%252835%2529

mahsuri+%252836%2529

mahsuri+%252837%2529

mahsuri+%252838%2529



Skrip

Puisidra Muzikal Lagenda Mahsuri
Skrip/Puisi : Cikgu Nasaruddin Darus
    Watak-Watak :
1        
                  Mahsuri
2       Wan Darus – Suami Mahsuri
         Datuk Seri Kerma Jaya – Penghulu
          Deramang – Penglipur lara
6       Pandak Mayah – Bapak Mahsuri
7       Cik Endang Alang – Ibu Mahsuri
         Mahora - Isteri Penghulu

        Orang-orang penghulu – 4 Orang Lelaki
9      Orang-orang kampong -  6 Lelaki, 6 Wanita

Prop: Pelepah kelapa kering dan jala yang bersangkutan. Terdapat sebatang  pokok yang berhampiran.

Pergerakan : Masuk Mahsuri , Pandak Mayah dan  Cik Alang. Mahsuri membawa nyiru dan bakul. Menampi padi, sambal diperhatikan oleh  Cik Alang.  Pandak Mayah mengeluarkan golok dan cuba mengoyak buah kelapa.
0   
       01. Puisi L:    Pandak Maya nama Ayahanda
                     Cik Endang Alang nama ibunda
Mahsuri menjadi puteri jelita
Tingkahnya sopan, berbudi Bahasa

Pergerakan : Pandak Mayah dan  Cik Alang bergerak masuk. Masuk pula beberapa rakan-rakan Mahsuri. Mengajak Mahsuri membasuh.

0      02. Lagu :  Cuci kain cuci mata
                                     Membawa kain cucian
Sambil mandi di tepian
Mesti bawa kain basahan
Badan jangan jadi tontonan

Mari kita mencuci
Mencuci sambal mandi
Pergerakan : Sambil menyanyi Mahsuri membasuh kain  bersama rakan-rakannya. Masuk beberapa orang pemuda, mengintai-ngintai dan mengusik-usik Mahsuri.
03. Puisi L :          Meningkat remaja, Mahsuri jadi rebutan
Sang perjaka cuba mencari peluang
Mana tahu, rezeki mendatang
Cinta dihulur, salam bertatang

04. Puisi L :           Cemburu si gadis dan isteri orang
Bila Mahsuri seorang saja dipandang
Ayahanda dan bonda menjadi bimbang
Anak gadis seorang menjadi rebutan

Pergerakan : Masuk Pandak Mayah dan  Cik Alang membawa dulang dan minuman. Masuk beberapa orang wakil  Datuk Seri Kerma Jaya dan beberapa orang kampung. Mereka membawa beberapa dulang hantaran dan sirih junjung.

05. Puisi L :Adat melayu segera ditatang. Datuk Seri Kerma Jaya ingin
menyunting bunga di taman. Dijodohkan dengan wan Darus , adinda Kesayangan. Namun, Isterinya Wan Mahora, bergelora dalam kerelaan.

06. Wakil L           : Asalamualaikum wbt

Ramai            : Walaikumsalam

Wakil P.         : Kata Orang
                                      Duduk di pintu seorang diri
              Melihat budak main di taman
              Kita dah saling memperkenalkan diri
              Mari kita berjabat tangah

Wakil L           : Ha.. Tu dia

Wakil P          : jadi kami datang lah cuba-cuba
              Kelmarin lah datang merisik-merisik, sepatah kata orang
              Harum baunya daun selasih
                                    Tumbuh dekat si pokok pinang
                                    Kelmarin datang sudah mulai merisik-risik
                                    Hari ni rencana datang hendak meminang

Wakil P          : Oh begitu
                                    Kalau datang ke  tanjung pinang
              Pergi  pelantar dua belilah kurma
              Dengan Bismilah, Alhamdulillah
              Pinangan awak kami terima

Ramai            : Alhamdulillah

Pergerakan: Semua orang kampong bergerak keluar dan kemudian membuat persiapan pelamin. Masuk pasukan kompang dan pasangan Mahsuri dan Wan Darus diiringi pengapit masing-masing. Pengantin di sandingkan. Orang-orang kampong membuat persiapan kenduri. Ada yang memasak, ada yang menggiling. Ada dua orang kampong turun ke bawah pentas memberikan bunga telur kepada vvip.

07. Lagu kompang

solo
 
pukullah tabuh
pukullah tabuh pukul rebana
Ramai
 
pukullah tabuh
pukullah tabuh pukul rebana
solo
 
kalaulah jodoh
kalaulah jodoh tidak ke mana
ramai
 
ya naam sihim
kalaulah jodoh tak ke mana
solo
 
gununglah banang
gununglah banang gunung selawa
ramai
 
gununglah banang
gununglah banang gunung selawa
solo
 
bagaikan pinang
bagaikan pinang dibelah dua
ramai
 
ya naam sihim
bagaikan pinang dibelah dua
 Solo   Tanah yang licin
            Tanah yang licin tidak berduri

ramai Tanah yang licin
            Tanah yang licin tidak berduri

Solo    Ibarat cincin, ibarat cincin
Lekat di cari

ramai
 
ya naam sihim
Ibarat cincin, ibarat cincin lekat dijari

Pergerakan : Semua tetamu bergerak keluar. Pada masa itu juga Wan Manohara dan seorang rakan begerak masuk. Berwajah geram.

08. Puisi P : Bergolak dada Wan Mahora melihat keintiman Ipar duainya.
Mahsuri lebih disebut orang berbanding dirinya. Bencinya    
semakin menggila.

Pergerakan : Wan Manohara dan rakannya keluar. Masuk Mahsuri dan Wan Darus. Berpantun dan berlagu.

09. Puisi L :           Adinda,
Gendang perang lantang kedengaran,
Burung di hutan sahut-sahutan,
kanda berjuang menyahut seruan,
mempertahan Kuala Kedah, demi sultan

10. Puisi P  :         Kekanda
Orang belayar balik berbalik
Lalu berlabuh di tempat tenang
Kanda yang pergi hati tak baik
Dinda yang tinggal, hati tak senang..


11. Lagu : Selasihku sayang

Lelaki:            Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
wahai sayang
Yang aku tinggalkan

Perempuan: Kusiram selasih
            Kusiramkan di hujung halaman
            Mengenangkan kasih
            Aduh sayang
            Lambang percintaan

Lelaki :           Hai kencana dewi kasih yang kurindu
Kukenang selalu

Perempuan : Sayang semoga tak kan layu
             Cinta yang sejati kekal dan abadi

Pergerakan : Wan Darus keluar. Mahsuri bergerak ke depan pentas. Memegang perutnya.

12. Puisi L             : Tinggal mahsuri menghitung hari
               Menunggu saat kelahiran, entah putera, entah puteri, 
               Tanpa suami di sisi, bukan sesuatu untuk ditangisi.

12. a. Lagu: Menahan Rindu

Sejenak kutermenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung-burung
Menemani hariku menemani sepiku
Tersiksa angkara menanggung rindu

Oh, angin kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat kudengari kalamnya berbuny
i

Pergerakan : Mahsuri masuk. Keluar Pandak Mayah dan Cik Alang membawa  buaian. Meletakkan di hadapan pentas. Lalu keluar.
Suara menangis dan azan

13. Puisi L :          Bila tiba tikanya,
Lahirlah putera tercinta
Wan Hakim diberi nama,
Pengubat duka lara, cahayamata bonda.


Pergerakan : Mahsuri bergerak ke luar. Mendukung anak. Meletakkan anak ke dalam buaian. Menyanyikan lagu Deen Assalam

1       14.           Deen Assalam - Sabyan
Killa hadzil ard mataqfii masahah
Lau na'isibla samahah
Winta'ayasna bahub
Lau tadiqil ardi naskin kalli galb

Killa hadzil ard mataqfii masahah
Lau na'isibla samahah
Winta'ayasna bahub
Lau tadiqil ardi naskin kalli galb

Abtahiyyah wabsalam
Ansyaru ahlal kalam zainuddin yahtirom
Abmahabbah wabtisam
Ansyaru bainil anam hadahu din assalam

15. Puisi L :           Hati sunyi di tinggal  suami
Anak dibuai penghibur hati
Kakak ipar berhasrat dengki
menyusun agenda memfitnah Mahsuri
Pergerakan : Deramana masuk.diikuti oleh beberapa orang kampong. Deramang membuat persiapan untuk wayang kulit.

16. Puisi L             : Kebetulan hadir, Deramang si miskin
               Pandai berdalang berwayang kulit
               Menghibur Mahsuri di kala runsing
              Orang kampong turut mengiring.

17. Wayang kulit

Zaman la zaman Muhibbah
Kita kena berkasih saying
Satu dengan lain
Tengok kita dua ni macam adik beradik

Ya lah..ya lahh
Macam Keluarga
Ya lah.. ya lah. Ya lahhh

Ingat anak hang macam anak aku
Anak aku macam anak hang

Cantik..cantik…cantik
Bapa engkau macam bapak aku
Bapak aku macam bapak engkau
Cantik.. cantik.. cantik…

Mak engkau macam mak aku
Mak aku macam mak engkau
Cantik  brader
Bini kau semacam bini aku
Bini aku semacam bini aku

Haram bejadah
Hahaha Muhibbah konon
Bapak dia bapak aku
Bapak aku bapak dia
Mak dia mak aku
Mak aku mak dia
Bini dia bini dia..
bini aku dia hantam bini dia..

ooo sori lah brader

Pergerakan : Semua orang kampong keluar tinggal Mahsuri dan Deramang. 
Wan Mahora mengintai dari jauh dan kemudian berbisik dengan beberapa perempuan lain. 
18. Puisi L  :          Hati Kakak Ipar, Wan Mahora melonjak gembira
Difitnah Mahsuri dengan cerita dusta
Pada orang kampong dikhabarkan berita celaka
Mahsuri dan Deramang, bermukah berdua

Pergerakan : Masuk Penghulu dan pegikutnya.  Wan Mahora menerpa lalu
bercakap.

19. Puisi L :          Ketua kampong di khabar berita
 Cerita palsu di kias Mahora
 Mahsuri dan Deramang segera disita
            Dijatuh hukum tanpa bicara

Pergerakan :  Penghulu dan pegikutnya segera menangkap Deramang dan
Mahsuri. Deramang cuba melawan, tetapi kemudian menyerah diri.

20. Puisi L :           Jangan membabi buta menuduh orang tanpa  bukti yang
nyata. Kelak nanti, buruk jadinya..

21. Puisi L :           Deramang, engkau hanya perlu mendiamkan diri. Tidak
perlu berkata apa-apa

Pergerakan : Pandak Mayah menghampiri Penghulu dan memujuk dan
 cuba menyerahkan sebungkus emas.

22.Puisi L:       Penghulu,
Hamba dan orang-orang kampong ada mengumpul sedikit harta. Terimalah emas – emas ini. Buat penebus salah dan nista. Tolonglah.

23. Puisi L :     Ahhhh…Bukan lelaki kalau aku menangguk di  air keruh.  
Bawa  Deramang ke hulu sana. Jalankan hukuman bunuh
di situ.

Pergerakan : Mahsuri Bersuara

23.a. Puisi W: ( merayu )
Tiada salah tiada bukti
Mengapa hamba dihukum tanpa usul periksa

24. Puisi L  :    Ah… bukti sudah di depan mata
                                    Masih lagi mahu berdusta

25. Puisi W: Wanita ( lembut )

Ayuhai penghulu ayuhai kakanda
Kalaupun hukuman nak dijatuhkan kepada hamba
Lepaskan ikatan ini dahulu
Hamba ingin memeluk anaknda hamba

Pergerakan: Seorang Lelaki cuba menikam Mahsuri tetapi tidak berbekas.

26. Puisi L       : Walau pelbagai senjata di libas,
                                      Tiada satu yang berbekas

27. Puisi L :     Penghulu, senjata yang digunakan semuanya tidak
melukai   kulitnya!. Kebal Barangkali.

Pergerakan :         Penghulu mundar mandir

28. Puisi W :   Wahai warga desa kalau benar kalian ingin menyaksikan
kematianku, hanya keris pusaka warisan keturunanku saja yang dapat membunuhku. Pergilah mendapatkannya di teratakku

Pergerakan : Seorang pengikut penghulu keluar dan kemudian membawa masuk keris yang dibalut dengan kain kuning. Wan Mahora Menghampiri Mahsuri. Mengejek dan menunjal kepaa Mahsuri.

29. Puisi :        Wanita ( keras )
Suami dirantau orang
Dia bermukah dengan Deramang
Perempuan tak sedar diri,
Tak tahu diuntung

Pergerakan : Seorang lelaki suruhan penghulu, membawa keris menghampiri Mahsuri. Sebaik sahaja Mahsuri habis berkata-kata, Mahsuri Pun di tikam.

30. Puisi W :   ( marah )
                       Hentikan semua kata nista
Kepada semua penduduk pulau Langkawi
Dengarkan ini, demi Allah, Aku tidak bersalah
Hukuman manusia dari fitnah yang membuta
Hukuman manusia kerana fitnah yang tereka
Demi Allah, tujuh keturunan, ku sumpah Langkawi
Menjadi padang jarak, padang tekukur

Pergerakan : Daun daun kayu bertaburan ditiup angin kencang keadaan menjadi kacau bilau. Setelah beberapa detik, semua pelakun freeze sehingga Mahsuri bangun dan menyanyikan lagu Ya Maulana.


31.      Ya Maulana - Sabyan Gambus
Bidadari didadam
Bidadari didadam
Bidadari didadam
Didam
Dengan kasihmu ya Robbi
Berkahi hidup ini
Dengan cintamu ya Robbi
Damaikan mati ini
Saat salahku melangkah
Gelap hati penuh dosa
Beriku jalan berarah
Temuimu di surga
Terima sembah sujudku
Terimalah doaku


Terima sembah sujudku
Izinkan ku bertaubat
Maulana ya maulana
Ya sami' duana
Maulana ya maulana
Ya sami' duana
Maulana ya maulana
Ya sami' duana
Maulana ya maulana
Ya sami' duana

Skrip/Puisi : Cikgu Nasaruddin Darus
Bacaan Puisi/ Dialog : Cikgu Nasaruddin/ Ustazah Ummu Hani

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad