Latihan Kata Majmuk - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, 11 August 2018

Latihan Kata Majmuk


   
1.    1. Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.
A pakaian adat     B pakaian sukan   C pakaian seragam  D pakaian angkatan

2.   _____________Beng Keong berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.
A Ibu pejabat         B Ibu negara                       C Ibu pertiwi                        D Ibu jari
                                     
3. Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
A rumah sakit          B rumah tangga    C rumah terbuka    D rumah tumpangan

4     4.     ________________yang dijaga oleh Edwin De Sar tidak dibolosi sepanjang perlawanan itu berlangsung.
A Pintu gol               B Pintu keluar          C Pintu depan        D Pintu jendela

5.  __________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.
A Beritahu                B Sukarela                C Tandatangan     D Tanggungjawab

6    6. Saleem mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.
A buku kedatangan        B buku catatan      C buku rujukan                   D buku lima

7  7. Mazni menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke 
       lantai.
A cahaya mata     B Cermin mata                   C mata pisau                      D matahari

8    8. __________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan 
         Hari Raya Aidilfitri.
A Suruhanjaya        B Kakitangan                      C Pilihanraya                      D Olahraga

9   9. Larian Maraton itu terbuka kepada _________________ Malaysia sahaja.
 A antarabangsa   B warganegara                 C setiausaha          D matahari
      
1   10.  Hakim itu menggunakan _______________nya semasa menjatuhkan hukuman   
            kepada pesalah itu.
  A budi bahasa                 B budi pekerti          C budi bicara        D balas budi     

1    11. Jejaka itu ternanti-nantikan ___________dengan gadis idamannya pada minggu 
            depan.
   A temu janji         B temu bual            C temu duga         D temu ramah

1    12. Fuad tidak ______________ walaupun kalah dalam pertandingan badminton 
           yang disertainya.
   A berputus asa    B bekerjasama        C berbelah bagi     D  berjimat cermat      
      
13. Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara _______________ dari 
      Dataran Putrajaya.
    A lalu lintas                      B lintas akal             C litar pintas     D lintas langsung      


14. Marsya kelihatan muram apabila dia hanya mendapat _________________ dalam pertandingan nyanyian.
A baik hati               B puas hati               C sagu hati              D gerak hati

15. Kamal memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke 
   dalam _____________.
A peti besi                B peti sejuk               C peti wang                        D peti cadangan

16. “Jangan ______________kan hal peribadi dengan kerja kita,” kata Junaidi 
    kepada rakan setugasnya.
A tangan baju        B campur aduk      C tangan kanan                D campur tangan

17. Cikgu Murni memastikan _______________lagu yang diterangkannya difahami 
    oleh murid-mur 
s     A. seni kata       B tutur kata              C kata putus                       D kata laluan

18. Telefon bimbit yang lama itu tidak di___________________ lagi.   
          A guna pakai              B temu bual             C. kemas kini           D. ambil alih

19. Keluarga Sazali berasa _______________atas pemergian datuk mereka.   
s       A.sukarela                    B sukacita                  C         peribadi        D         dukacita

20. Datuk telah mewasiatkan sejumlah ________________ kepada setiap anak-
  
anaknya.
A hak milik        B. asal usul               C. harta benda      D. harta pusaka

1 comment:

Hanisah said...

Salam cikgu, latihan kata majmuk ini untuk Tahun berapa ya?

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot