Memilih Soalan Kepada Jawapan - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, 11 July 2018

Memilih Soalan Kepada Jawapan


Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris.



1 Saya akan pergi bercuti ke Pulau Langkawi selama seminggu.
   A   Mengapakah kamu hendak pergi bercuti ke Pulau Langkawi.?
   B    Dengan siapakah kamu akan pergi ke Pulau Langkawi?  
   C   Berapa lamakah kamu akan bercuti di Pulau Langkawi?
   D   Apakah tujuan kamu pergi bercuti di Pulau Langkawi?

2 Dua biji durian itu beratnya enam kilogram.
   A   Beratkah dua biji durian itu?
   B    Adakah dua biji durian itu enam kilogram?
   C   Berapakah berat dua biji durian itu?
   D   Bagaimanakah kamu tahu berat dua biji durian itu?

3 Murid-murid sekolah rendah boleh menyertai pertandingan melukis ini.
   A   Siapakah yang boleh menyertai pertandingan melukis ini?
   B    Betulkah kanak-kanak sekolah boleh menyertai pertandingan melukis ini?
   C   Kepada siapa pertandingan melukis ini dikhaskan?
   D   Adakah pertandingan melukis ini layak untuk kanak-kanak?

4 Ah Wai memulakan perniagaannya dengan mencagarkan tanah pusakanya.
   A   Bolehkah Ah Wai memulakan perniagaannya dengan mencagarkan tanah pusakanya itu?
   B    Bilakah Ah Wai memulakan perniagaannya?
   C   Siapakah yang memulakan perniagaan dengan mencagarkan tanah pusakanya?
   D   Bagaimanakah Ah Wai memperoleh wang untuk memulakan perniagaannya?

5 “Ya, saya yang memanjat pokok mangga itu!” jawab Yasin.
   A   Siapakah yang memanjat pokok mangga itu?
   B    Mengapakah kamu memanjat pokok mangga itu?
   C   Adakah kamu yang memanjat pokok mangga itu?
   D   Apakah pokok mangga itu kamu panjat?

6 Abang Faizal pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.
   A   Ke manakah abang Faizal pergi?
   B    Siapakah yang pergi ke perpustakaan?
   C   Bilakah abang Faizal pergi ke perpustakaan?
   D   Mengapakah abang Faizal pergi ke perpustakaan?

7 Saya tidak tahu nama tempat itu.
   A   Mengapakah tempat itu tidak ada nama?
   B    Bilakah tempat itu mendapat namanya?
   C   Apakah nama tempat itu?
   D   Manakah nama tempat itu?

8 Saya membuat kuih itu semalam.
   A   Siapakah yang membuat kuih itu?
   B    Bilakah kamu membuat kuih itu?
   C   Betulkah awak yang membuat kuih itu?
   D   Sudahkah kamu membuat kuih itu?

9 Farid belum pernah melawat ke Singapura.
   A   Adakah Farid melawat ke Singapura semasa cuti sekolah?
   B    Bilakah Farid akan melawat ke Singapura?
   C   Pernahkah Farid melawat ke Singapura?
   D   Adakah Farid ingin melawat ke Singapura?

10  Jawapan awak itu salah, tambahan pula awak tidak memberi alasan yang kukuh.
      A   Mengapakah jawapan awak salah?
      B    Bagaimanakah jawapan awak boleh salah?
      C   Apakah jawapan saya boleh salah?
      D   Mengapakah jawapan saya salah?

11  Kami mungkin akan melawatnya petang ini sebelum tamatnya waktu melawat.
      A   Bilakah kamu semua akan melawatnya?
      B    Mengapakah kamu melawatnya?
      C   Apakah yang kamu akan buat petang ini?
      D   Di manakah kamu akan melawatnya?

12  Kita mesti menghormati ibu dan bapa kerana mereka menjaga dan mendidik kita dari kecil lagi.
      A   Bagaimanakah kita menjaga ibu dan bapa kita?
      B    Siapakah yang menjaga ibu dan bapa kita?
      C   Mengapakah kita mesti menghormati ibu dan bapa kita?
      D   Bila kita mesti menghormati ibu dan bapa kita?

13  Rosmi memetik bunga ros itu di taman bunga Puan Anisah.
      A   Bila Rosmi memetik bunga ros itu?
      B    Di manakah Rosmi memetik bunga ros itu?
      C   Siapa Rosmi yang memetik bunga ros itu?
      D   Bagaimanakah Rosmi memetik bunga ros itu?
14  Pekedai itu menjual barang-barang runcit.
      A   Bagaimana pekedai itu menjual barang-barang runcit?
      B    Di mana pekedai itu menjual barang-barang runcit?
      C   Apakah yang dijual oleh pekedai itu?
      D   Adakah barang-barang runcit yang dijual oleh pekedai itu?

15  Balkis pergi ke sekolah menaiki basikal bersama adiknya.
      A   Bagaimana Balkis pergi ke sekolah  dan bersama siapakah dia pergi?
      B    Bagaimanakah Balkis pergi ke sekolah?
      C   Bersama siapa Balkis pergi ke sekolah?
      D   Di manakah Balkis dan adiknya pergi?




1  C  2  C  3  A  4  D  5  C  6  D  7  C  8  B  9  C  10 


Jawapan:

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot