Kata hubung pancangan relatif dan Kata hubung pancangan komplemen - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday 27 June 2018

Kata hubung pancangan relatif dan Kata hubung pancangan komplemen



Kata hubung pancangan relatif
ialah kata yang bertugas sebagai penghubung klausa utama dengan klausa yang kecil. Kata jenis ini hanyalah "yang"

Contoh:
a. Banyak nilai positif terdapat pada individu (ayat utama)
b. Banyak individu mempunyai kecerdasan emosi. (ayat kecil)
c. Banyak nilai positif terdapat pada individu yang mempuyai kecerdasan emosi.

Contoh-contoh ayat
1. Buah anggur yang tergantung pada dahan itu paling disukainya.
2. Buah anggur yang ditanam di tanah tinggi itu sangat manis.
3. Pak Mat mempunyai ladang anggur yang paling besar di Cameron Highlands.
4. Ibu membeli buah anggur yang manis dari kebun Pak Mat.
5. Kami sekeluarga makan anggur yang dibeli oleh ibu semalam.
6. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
7. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
8. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:
a    1. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.

b    2. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.

c    3.  Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

Isi tempat kosong bagi kata hubung pancangan relatif dan komplemen yang sesuai.

1   1.  Dia menyatakan ________________ kebakaran itu berpunca daripada litar pintas.
­­
2
           2. Gadis itu menyedari ________________ dia dalam bahaya sekarang.

3,        3.  Pelakon itu sedar _________________ dia sudah tidak popular seperti dahulu.

4    4.    Rashid Sidek merupakan pemain badminton  ____________ dikenali ramai pada tahun 80-an.

5    5.  Menara Eiffel ialah ________________ paling terkenal antara banyak menara sedemikian di Perancis.

6    6.   Beliaulah tokoh ___________________ memenangi anugerah tersebut bersempena dengan Hari Bapa pada tahun ini.

7       7. Polis bersetuju ______________________ kebanyakan kejadian jenayah di negeri itu dilakukan oleh pendatang asing

 Nyatakan ayat di bawah sama ada betul (️) ataupun salah (). Jika ayat tersebut salah, berikan kata hubung yang sesuai.

1. Kami berpendapat yang mutu sukan bola sepak negara kita semakin merudum. (_____)

2. Mereka berpendirian bahawa usaha itu akan mendatangkan kejayaan yang cemerlang. (_____)

3. Pegawai itu mengesahkan yang tembikar itu tulen seperti yang dilihatnya di China. (_____)

4. Usaha tersebut sangat sukar setelah pihak bomba memaklumkan yang tiada mangsa yang ditemukan. (_____)

5. Beliaulah tokoh yang memenangi anugerah tersebut bersempena dengan Hari Bapa pada tahun ini. (_____)

6. Polis bersetuju yang kebanyakan kejadian jenayah di negeri itu dilakukan oleh pendatang asing. (_____)

7. Kerajaan telah mengisytiharkan yang hari Jumaat ini merupakan hari kelepasaan am bagi seluruh Malaysia. (_____)

8. Roslin memberitahu Hafizullah yang dia tidak dapat mengikuti kursus kejurulatihan di Kulim. (_____) 

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih cikgu. halalkan ilmu yang cikgu kongsi untuk kami. semoga yang baik-baik sahaja untuk cikgu.

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot