Kata Banyak Makna - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, 29 June 2018

Kata Banyak Makna


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1 I     Hujan yang langsung turun itu menyebabkan saya tidak dapat pergi ke sekolah.
   II    Majlis itu langsung juga walaupun terlewat 30 minit.
   III   Radio itu sedang menyiarkan secara langsung pertandingan badminton Piala Thomas.
   IV  Dia langsung tidak mendengar nasihat ibunya.
   A   III dan IV                  C    I, III, IV
   B    I, III, dan IV              D    II, III, dan IV

2 I     Penyimpan wang di bank akan menerima faedah setiap akhir tahun.
   II    Baju yang dibasuh menggunakan mesin akan menjimatkan faedah kita.
   III   Banyak faedah akan diperoleh sekiranya alam sekitar dijaga dengan baik.
   IV  Setiap faedah yang diperoleh boleh digunakan pada masa akan datang.
   A   I dan II                          C   I dan III
   B    II dan IV                       D   III dan IV

3 I     Pandangannya lenyap apabila dia melepasi bangunan itu.
   II    Budak yang lemas itu lenyap daripada pandangan di tengah laut.
   III   Wang di dalam saku seluarnya telah lenyap bersama-sama jam tangannya.
   IV  Khayalannya lenyap apabila dikejutkan dari belakang.
   A   II dan IV                    C   I, II, dan III
   B    I, III, dan IV               D   II, III, dan IV

4 I     Skru itu hendaklah ketat supaya roda kereta tidak tercabut.
   II    Aini tidak suka berpakaian ketat.
   III   Kawasan itu dikawal ketat kerana kawasan larangan.
   IV  Kawalan yang ketat telah diadakan semasa lawatan Perdana Menteri ke negara itu.
   A   I dan II                       C   II dan III
   B    I, II, dan III                  D II, III, dan IV

5 I     Orang berbudi kita bahasa.
   II    Ai Ling pandai bertutur dalam bahasa Melayu.
   III   Kita mestilah berbudi bahasa supaya disukai ramai.
   IV  Angin sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
   A   I dan II                   C I, II, dan III
   B    II, III, dan IV           D I, II, III, dan IV

6 I     Emak Tipah sudah jalan semenjak subuh lagi.
   II    Danish ke sana jalan arah ke rumah Isa.
   III   Hanya jalan itu sahaja yang menuju ke rumahnya.
   IV  Satu jalan penyelesaian perlu dicari untuk mengatasi masalah ini.
   A   I dan II                       C   I dan III
   B    I, II, dan III                 D III dan IV

7 I     Saya sudah pun membaca dan memahami kandungan surat daripada penguam itu.
   II    Bayi akan lahir apabila kandungan ibu cukup tempoh sembilan bulan dan sepuluh hari.
   III   Bahagian kandungan buku itu disediakan dengan terperinci.
   IV  Kandungan kotak itu ialah buku-buku cerita.
   A   I dan II                       C   I, II, dan III
   B    II, III, dan IV               D   I, II, III, dan IV

8 I     Buku-buku itu disusun mengikut jenis di atas rak.
   II    Masih terdapat jenis gas asli di dalam bumi.
   III   Acuan kuih itu dapat digunakan mengikut jenis kuihnya.
   IV  Terdapat pelbagai jenis kuih yang dijual di kedai itu.
   A   I dan II                       B    II dan III
   C   II dan IV                    D   III dan IV

9 I     Dahinya berkerut ketika cuba menyelesaikan masalah itu.
   II    Kulit tangannya kelihatan berkerut kerana terbakar.
   III   Tangannya kelihatan berkerut setelah lukanya sembuh.
   IV  Mukanya semakin berkerut apabila umurnya meningkat tua.
   A   I dan II                       B    I dan IV
   C   II dan IV                    D   III dan IV

10  I     Pendengarannya kurang jelas kerana telinganya sakit.
      II    Perjalanannya tidak jelas apabila berjalan di waktu petang.
      III   Sudah jelas menunjukkan dia melakukan perbuatan itu.
      IV  Penglihatannya kurang jelas kerana sudah tua.
      A   I, II, dan III                 B I, III, dan IV
      B    II, III, dan IV              D   I, II, III, dan IV

11  I     Dia bersembunyi di bawah katil apabila dipanggil ibu.
      II    Dia bersembunyi sifat malunya apabila bertemu kawan.
      III   Kanak-kanak itu bersembunyi apabila ternampak orang gila.
      IV  Pekedai itu bersembunyi gula di belakang kedainya.
      A   I dan II                       C   II dan IV
      B    I dan III                      D   I, II, III, dan IV

12  I     Perkara yang dicakapkan itu semuanya betul.
      II    Pilih jawapan yang betul sahaja.
      III   Semua jawapan yang diberikannya itu betul belaka.
      IV  Penglihatannya betul setelah  dia memakai cermin mata
      A   I dan III                      C   I, II, dan III
      B    II dan III                     D   II, III, dan IV

13  I     Suaranya yang merdu itu memikat hati pendengar.
      II    Percakapannya yang merdu.
      III   Wajahnya sungguh merdu seperti bidadari.
      IV  Kicauan burung merbuk sungguh merdu.
      A   I dan II                       C   I dan IV
      B    I dan III                      D   III dan IV

14  I     Enam bulan lalu saya bercuti ke Pulau Tioman.
      II    Badariah telah lalu dengan helah kawannya.
      III   Semenjak sakit Fatimah tidak lalu makan.
      IV  Setiap hari penjual roti itu lalu di depan rumahnya.
      A   I dan II                       C   II dan IV
      B    II dan III                     D   I, III, dan IV

15  I     Rumah buruk di tepi sawah itu tidak berpenghuni.
      II    Televisyen banyak mendatangkan buruk kerana dapat melalaikan kita.
      III   Kelakuannya buruk sekali sejak akhir-akhir ini.
      IV  Sikapnya yang buruk siku itu dibenci oleh kawan-kawannya.
      A   I dan III                      C   I, III, dan IV
      B    II dan IV                    D    I, II, III, dan IV



J

awapan:
1  A  2  C  3  A  4  D  5  B  6  D  7  D  8  D 9  B  10  D  11  B  12  C  13  C  14  D  15  C



No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot