Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia, Tuan
Haji Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Kedah, dengan
diiringi oleh
Tn.Hj.Yusri b.Hamid Tn.Hj.Yusri
b.Hamid,
Yang Dipertua PIBG SK Chepir,
Tuan Haji Mat Desa bin Ibrahim,Guru Besar SK
Chepir,
Guru-Guru Penolong Kanan serta AJK PIBG
Sekolah Kebangsaan Chepir.
Bismilahhirahmanirahim... Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
SudilahTuan ke majlis kami
Yang Yang berbahagia, Tuan Haji Zakaria bin
Othman,
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Kedah
Yang Berusaha En. Mat Desa b. Ibrahim
Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Chepir,
Yang Dihormati
Tn.Hj.Yusri b.Hamid
Yang Dipertua PIBG SK Chepir
Al Fadzil Ustaz Noor Samiri bin Saad
Naib Yang Dipertua PIBG SK Chepir
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan
hadirin sekalian
Alhamdulillah
dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya ,kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKC kali
ke-36 tahun 2018 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK
Chepir turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang berbahagia, Tuan Haji Zakaria bin
Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Kedah Serta seluruh hadirin dan ibu bapa kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini. Semoga dengan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan sakalian dapat menceriakan lagi majlis kita pada petang
ini.
Bagi
memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmatnya. Untuk itu, majlis
dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Adeli b. Mohd Noor bagi
memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
.......................................
Amin..Ya Rabbal Alamin. Majlis
mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Adeli atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita
sentiasa di rahmati Allah hingga ke penghujungnya.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Sesungguhnya kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah
diri yang cemerlang. Semoga anak-anak kita akan menjadi insan yang cemerlang,
bukan sahaja cemerlang di dunia malah cemerlang di akhirat.
Majlis
pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang berbahagia Tn.Hj.Yusri b.Hamid, Yang Dipertua PIBG SK Chepir
untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.
........
habis ucapan........
Demikian
tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG Tn.Hj.Yusri
b.Hamid.
Terima kasih diucapkan.
Meneruskan kelangsungan acara, majlis seterusnya menjemput
Yang Berusaha En. Mat Desa b. Ibrahim, Guru Besar Sek. Keb. Chepir untuk menyampaikan ucapan.
Majlis Mempersilakan Tuan.
Majllis mengucapkan ucapan terima
kasih atas ucapan tuan guru besar sebentar tadi.
Hadirin Sekalian.
Majlis
dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang berbahagia, Tuan Haji Zakaria bin
Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Kedah. bagi
menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung PIBG Sek.Keb.Chepir 2018.
Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Tuan Haji Zakaria bin Othman, kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis pada hari ini.
Hadirin
sekalian,
Mengenang
jasa-jasa yang pernah ditabur oleh legasi PIBG SK Chepir suatu waktu dahulu,
maka pada petang yang cukup bermakna ini, pihak PIBG akan menyampaikan
cenderamata kepada beberapa nama yang cukup sinonim dengan PIBG Sk. Chepir
dengan mengiktiraf mereka sebagai tokoh PIBG 2017.
Untuk
menyempurnakan majlis, sekali lagi majlis mempersilakan Yang berbahagia, Tuan Haji Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai
Eksekutif, Lembaga Zakat Kedah dengan diringi oleh Tuan Haji Yusri bin Hamid dan Tuan Haji Mat Desa bin Ibrahim. Tuan
Bertiga dipersilakan.
Dengan
berbesar hati, kita mempersilakan tokoh PIBG 2017.
Pertama
: Tuan Haji Mohd Rodzi bin Haji Ahmad. Dipersilakan
Dipersilakan
tokoh PIBG 2017 seterusnya
Puan
Norwati binti Zainol. Dipersilakan
Tahniah kepada kepada dua tokoh yang kita raikan. Majlis diteruskan lagi
dengan penyampaian cenderamata kepada
barisan ajk PIBG Sek.Keb.Chepir sesi 2016/2018.
( RUJUK
LAMPIRAN
Sesungguhnya, budi baik dan jasa
tuan-tuan dan puan-puan dalam menerajui PIBG SK Chepir demi kecemerlangan
anak-anak, hanya Allah jua yang mampu membalasnya.
Hadirin sekalian.
Sebagai tanda terima kasih dan
kenang-kenanganatas kesudian hadir, merasmi dan menyampaikan cenderamata, majlis
mempersilakan pula, Tn Haji Yusri b. Hamid untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Yang berbahagia, Tuan Haji Zakaria bin Othman,
Terima kasih diucapkan kepada Tuan
Berdua.
Dengan berakhirnya penyampaian
cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK
Chepir kali ke-35 bagi tahun 2017
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Saya mewakili AJK PIBG dan SK Chepir
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahagia, Tuan Haji Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai
Eksekutif, Lembaga Zakat Kedah, atas kesudian meluangkan
masa pada petang ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Pihak
Majlis mempersilakan Tn Haji Mat Desa bin Ibrahim untuk menjemput dan
mengiringi yang berhormat untuk meninggalkan majlis.
Majlis kita akan berjeda priwara
seketika. Ibu bapa di minta berada di tempat duduk masing-masing untuk
meneruskan mesyurat PIBG kita.
Sekarang saya akan menyerahkan
majlis ini kepada
Tuan Haji Yusri Bin Hamid, YDP PIBG
Sek.Keb.Chepir untuk meneruskan agenda mesyuarat.
Majlis mempersilakan, tuan
Wabillahitaufik wal
hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..
No comments:
Post a Comment