Cerita Praktikal 1. - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, 12 May 2018

Cerita Praktikal 1.


Dalam cerita tv, selalu digambarkan anak-anak orang berada ni, sombonglah, tak nak dengar cakap cikgu lah, melawan lah.... banyak negatif dari positif.  

     Gugup juga aku bila tiba semester lima, aku dihantar menjalani praktikal di sebuah sekolah menengah yang agak elit para pelajarnya.  Sebahagian daripada murid-muridnya dihantar oleh pemandu dengan kereta mewah ke sekolah.  Pintu keretapun di buka oleh pemandu.  
     
     Aku sebagai cikgu praktikal pun tak mau kalah juga. Guna pemandu juga. Pintu pun automatik.  Masa aku nak turun atau naik akan terbuka sendiri.  Heheheh... Jangan salah faham, aku bukan anak dato' yang punya kemewahan seperti itu. 

   Yang nak diceritakan bukan bab naik bas, tapi sikap anak-anak orang kaya  ini
 terhadap aku, cikgu praktikal dari kampung, yang serba serbinya daif.

      Sebaik meletakkan beg yang disandang di dalam kelas, beberapa orang dari anak-anak orang kaya ini akan datang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah.  

     " Tinggggg.." Bunyi loceng bas. Pemandu kenderaan rasmi aku menekan brek. Aku melangkah turun.  Selalunya menjinjing beg dan beberapa alat bantu mengajar.  Makin banyak barang yang kubawa bila dapat tahu, ada pensyarah nak datang memantau hari tu.

     Sebaik memasuki pagar sekolah, pelajar-pelajar ( anak-anak orang kaya ) yang berkumpul di hadapan pintu pagar meluru datang.



      " Cikgu, biar kita orang tolong bawa barang-barang cikgu.  Berebut nak membantu.  Terharu weh. Tapi tu cerita 29 tahun yang lalu.  Sekarang, budak-budak lagi hebat.

     " Cikgu, banyak barang tu, hati-hati, jatuh nanti "

      Nasihat jer. Bukan nak tolong. Tu belum lagi gelak mengekek bila ada pula buku atau barang -barang yang di bawa jatuh atau tercicir.  Mau jadi hulk aku masa kena gelak.  Sabar...kau tu cikgu. Ikut SOP.

     Pusing balik certa tentang nak-anak orang kaya masa praktikal dulu.  Waktu rehat, selalunya mereka tidak membenarkan aku keluar.   Kes macam ini berlaku sekiranya aku mengajar mengajar  waktu sebelum rehat.  

     Hari pertama kena  tahan tu, hairan jugak aku. Perut ni dah keroncong. Para pelajar  tak bagi keluar kelas pulak.

     " Cikgu tunggu sekejap"
     Fuhhh.. berlambak makanan yang dibeli untuk ku. Diletakkan di meja guru.

     " Cikgu, jangan keluar kelas. makan kat sini, sebab kami nak siapkan kerja sekolah.  Kalau cikgu tak ada, kami tak boleh masuk dalam kelas"

    " Ooooooo " Baru aku faham. Mengaguk aku, sambil membaham karipap.

     " Alhamdulillah... kenyang"



  

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot