Pilih ayat yang sama maksud
dengan ayat yang bergaris.
1 “Disebabkan Rashid tidak hadir juga, eloklah
kita mulakan permainan ini,” kata Amarjit.
A Amarjit meminta Rashid
memulakan permainan itu.
B Amarjit mahu Rashid
menjadi pemain utama pasukan itu.
C Amarjit mencadangkan
permainan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Rashid.
D Amarjit mencadangkan agar
permainan dimulakan walaupun tanpa kehadiran Rashid.
2 Guru memberitahu semua murid di tingkat satu bangunan supaya
turun segera apabila loceng berbunyi.
A Apabila loceng berbunyi
di bangunan satu, semua murid dikehendaki
turun.
B Semua murid yang berada
di tingkat satu bangunan diberitahu oleh guru supaya segera turun apabila
loceng berbunyi.
C Semua murid di bangunan
satu yang berada diberitahu guru supaya turun apabila loceng berbunyi.
D Apabila semua murid di
tingkat satu diberitahu supaya turun oleh guru, loceng telah berbunyi.
3 Pelancong asing tertarik hati dengan keindahan alam semula jadi
di negara ini.
A Keindahan alam semula
jadi negara ini tertarik hati dengan pelancong asing.
B Keindahan alam semula
jadi negara ini telah menarik hati pelancong asing.
C Di negara ini keindahan
alam semula jadi pelancong asing tertarik hati.
D
Tertarik dengan keindahan alam semula jadi pelancobg asing di negara
ini.
4 “Ibu, mengapa ayah belum pulang lagi?” Tanya anak kecil itu.
A Ibu bertanya kepada anak
kecil itu sebab ayahnya belum pulang.
B Ayah bertanya kepada ibu
itu sebab dia belum pulang lagi.
C Anak kecil itu bertanya
kepada ibunya sebab ayahnya belum pulang lagi.
D Anak kecil itu bertanya
kepada ayahnya sebab ayahnya belum pulang lagi.
5 Salah satu punca banjir kilat ialah longkang yang tersumbat.
A Banjir kilat ialah punca
longkang yang tersekat.
B Longkang yang tersumbat
merupakan salah satu punca banjir kilat.
C Punca longkang yang
tersumbat ialah banjir kilat.
D Longkang yang tersumbat
berpunca daripada banjir kilat.
6 Pasukan polis telah berjaya menggagalkan percubaan rompakan bank
itu.
A Percubaan merompak bank
itu berjaya menggagalkan pasukan polis.
B Percubaan merompak bank
itu telah berjaya digagalkan oleh pasukan polis.
C Bank itu telah berjaya
menggagalkan percubaan merompak pasukan polis.
D Pasukan polis telah
berjaya digagalkan oleh percubaan merompak bank.
7 “Terima kasih,” kata Anis kepada ibunya sambil berlari keluar.
A Anis berlari keluar
sambil mengucapkan terima kasih kepada ibunya.
B Ibu mengucapkan terima
kasih kepada Anis sambil berlari keluar.
C Anis mengucapkan terima
kasih kepada ibunya sambil berlari keluar.
D Ibu Anis berlari keluar
sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.
8 Dia bertanya kepada saya tempat saya bersekolah.
A Dia bertanya kepada saya,
“Di manakah saya bersekolah?”
B Dia bertanya kepada
saya, “Di manakah awak bersekolah?”
C Dia bertanya kepada awak,
“Di manakah awak bersekolah?”
D Dia bertanya kepada awak,
“Di manakah dia bersekolah?”
9 “Oleh sebab kamu lewat, kami terpaksa bermain tanpa kamu,” Kata
Rama kepada Adi.
A Rama memarahi Adi kerana
mereka terpaksa bermain tanpanya disebabkan dia lewat datang.
B Rama memarahi Adi kerana
dia lewat datang untuk permainan itu.
C Adi memarahi Rama kerana
dia terlewat datang.
D Adi terlewat datang
menyebabkan permainan ditangguhkan.
10 Walaupun Rosdi seorang yang keras kepala, dia masih boleh dibawa
berunding.
A Rosdi boleh dibawa
berunding tetapi dia keras kepala.
B Rosdi keras kepala
walaupun dia masih boleh dibawa berunding.
C Rosdi masih boleh
dibawa berunding walaupun dia seorang yang keras kepala.
D Rosdi yang keras
kepala itu masih boleh dibawa berunding.
11 Asri terpaksa banyak bersabar kerana dia sudah tidak ada tempat
bergantung kecuali pak ciknya.
A Kesabaran banyak
membantu Asri yang sudah tidak ada tempat bergantung selain pak ciknya.
B Pada pakciknyalah
Asri terpaksa banyak bersabar.
C Oleh sebab tidak ada
tempat bergantung selain pak ciknya, Asri terpaksa banyak bersabar.
D Asri diajak bersabar
oleh pak ciknya kerana dia sudah tidak ada tempat bergantung.
12 “Marilah kita sama-sama membersihkan bilik ini,” ajak Mei Lan.
A Mei Lan diajak diajak
membersihkan bilik itu bersama-sama kawannya.
B Kita diajak
membersihkan bilik itu bersama-sama Mei Lan.
C Mei Lan mengajak
kawan-kawannya bersama-sama membersihkan bilik itu.
D Bersama-samalah kita membersihkan
bilik itu dengan kawan-kawan Mei Lan.
13 Cara Abu menyelesaikan masalah itu sungguh berkesan. Bolehlah
kita mengikut caranya untuk mempercepat tugas kita.
A Untuk mempercepat
tugas kita, bolehlah kita mengikut cara Abu menyelesaikan masalah itu.
B Cara Abu
menyelesaikan masalah itu sungguh berkesan diikuti.
C Bolehlah kita mengikut
cara Abu untuk mempercepat kerja kita.
D Abu menyelesaikan
masalah itu untuk mempercepat tugas kita.
14 Sampan itu didayung oleh Pak Kasim ke tebing kerana arus sungai
terlalu deras.
A Pak Kasim didayung
sampan ke tebing kerana arus sungai terlalu deras.
B Pak Kasim mendayung
sampan ke tebing kerana arus sungai terlalu deras.
C Arus sungai deras
mendayung oleh Pak Kasin sampan ke
tebing sungai.
D Sampan mendayung oleh
Pak Kasim ke tebing kerana arus sungai deras.
15 Mayat itu dijumpai polis di dalam belukar di tepi kampung itu.
A Di dalam belukar mayat
itu dijumpai.
B Polis dijumpai mayat
itu di dalam belukar di tepi kampung itu.
C Polis menjumpai mayat itu
di dalam belukar di tepi kampung itu.
D Di tepi kampung itu
dijumpai mayat itu di dalam belukar.
Jawapan:
1 D
2 B 3
B 4 C
5 B 6
B 7 C
8 B
9 A
10 C 11 C
12 C 13
C 14 B
15 C
No comments:
Post a Comment