AYAT AKTIF DAN
AYAT PASIF
Ayat Aktif
Ayat
aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek
dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).
Ayat Pasif
Ayat
pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini
mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.
Perhatikan
ayat-ayat contoh di bawah ini.
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
1. Saya
sudah menyiapkan semua kerja
sekolah.
|
1.
Semua kerja sekolah telah saya siapkan.
|
2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru
mengajar.
|
2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar.
|
3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi.
|
3. Menulis jawi
perlu kamu ajar kepadanya.
|
4.
Ayah membelah kayu api itu.
|
4. Kayu api itu dibelah oleh ayah.
|
5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang
itu.
|
5. Tikar mengkuang itu sedang
dianyam oleh
mereka.
|
Jenis-jenis
Ayat Aktif
Ayat
aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-
1.
Ayat aktif transitif
2.
Ayat aktif tak transitif
a) Ayat Aktif Transitif
Ayat
aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang
diikuti oleh frasa nama sebagai objek.
b) Ayat
Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang
mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek
sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.
·
Hanya
ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif
mempunyai objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan
kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.
Jenis-jenis
Ayat Pasif
Dalam
bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang
berikut:-
1.
Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan
beta)
2.
Ayat pasif diri kedua - (anda,
awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)
Perhatikan penerangan di bawah ini.
a) Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya
terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan
sebagainya.
Ayat contoh:
b) Rumah itu saya
bina.
b) Kereta itu kami
beli.
b) Jambatan itu aku
robohkan.
b) Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat
pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama
diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1.
Jam tangan itu kamu beli?
2.
Kasut kulit itu awak gilap?
3.
Buku novel itu anda baca?
c) Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat
pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama
diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik
itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.
·
Ayat
pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat
pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat
pasif diri kedua.
·
Elakkan
daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat
pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
1.a) Bilik tidur
itu mereka kemaskan. (X)
b) Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu.
(X)
b)
Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
b)
Nasi itu telah saya tanak. (√)
4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak?
(X)
b)
Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif’
1.
Kakak menumbuk cili itu sehingga hancur.
2.
Kedai itu menjual barang-barang runcit.
3. Kedai emas awal itu dimasuki perompak pagi semalam.
4.
Pak Ngah mendiami rumah itu sejak
sepuluh tahun yang lalu.
5.
Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
Tukarkan
ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.
6.
Bola itu ditendang oleh Hamid.
7.
Cadangan itu kami sokong.
8.
Makmal Sains itu dirasmikan oleh Datuk Bandar.
9. Air
oren ini dibancuh oleh Aina pagi tadi.
10. Rumput di kawasan itu
telah diracun oleh Pak Cik Mail semalam.
No comments:
Post a Comment