Pembukaan
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera. Selamat datang diucapkan ke kejohanan olahraga SMKKK kali ke 52 tahun 2011. Jawatankuasa pengelola kejohanan dengan penuh rasa bangga dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke kejohanan pada pagi / petang/malam ini. Turut serta menyerikan kejohanan olahraga pada pagi ini ialah Yang Berusaha………. Untuk makluman tuan2 dan puan2 acara kejohanan yang akan dipertandingkan sebentar lagi ialah acara balapan ………manakala acara padang ialah acara ……..sama-sama kita saksikan acara2 yang akan dipertandingkan.
Umum acara (acara balapan )
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Acara balapan yang bakal kita saksikan sebentar lagi ialah acara 100meter lelaki kelas 1 peringkat akhir. Lapan orang peserta yang bakal beradu tenaga dalam acara ini ialah:
Di lorong satu peserta bernombor K027 Mohd ali Asap mewakili rumah pahlawan. Peserta di lorong 2 ialah peserta bernombor……………..*macam di atas.(sebut hingga habis peserta di lorong.
Bagi acara berpasukan
Hadirin yang dihormati,
Acara balapan yang akan kita saksikan sebentar lagi ialah acara 4x100m perempuan kelas 2.Berikut diumumkan kedudukan lorong bagi pasukan 2 yang mengambil bahagian.Di lorong 1 ialah pasukan dari rumah……………Berada di lorong 2 ialah rangkaian atlet yang mewakili rumah…………Pasukan yang berada di lorong 3 ialah kuartet yang mewakili rumah……… manakala di lorong 4 ialah rangakain pelari yang membawa cabaran rumah…………
Tuan2 dan puan2,sama2 kita saksikan acara 4x100m perempuan kelas 2 peringkat akhir.
Acara padang
Tuan2 dan puan2 acara padang yang sedang dipertandingkan sekarang ialah acara merejam lembing selaku kelas 1.Untuk makluman hadirin sekalian peserta2 yang mengambil bahagian ialah peserta bernombor (nombor) (nama) yang mewakili
Rumah………….. mewakili rumah……..ialah ……(nama peserta),peserta bernombor ……turut beraksi dalam acara ini ialah …… nama… rumah …….. .. peserta bernombor …..yang membawa cabaran rumah………..
(sebut nama peserta hingga selesai)
3.Pengumuman keputusan (acara balapan)
Sidang hadirin yang dihormati,
Berikut diumumkan keputusan rasmi bagi acara 200m lelaki kelas 2 peringkat akhir.Tempat pertama dimenangi oleh peserta K834 Mohd najid Imran yang mewakili rumah ……… dengan catatan masa ……. Saat.
Pemenang ke dua ialah peserta B123Asraf Ali yang mewakili rumah ….. dengan mencatatkan masa …… saat.(sebut hingga habis)
Acara padang
Tuan2 dan puan2.Pengumuman keputusan rasmi bagi acara Lompat jauh kelas 3 perempuan.Memenangi tempat pertama dalam acara ini ialah peserta bernombor…….,nama…… yang mewakili rumah…….dengan jarak lompatan 4.36m.Tempat kedua dimenangi oleh …….bernombor……yang mewakili rumah……dengan jarak lompatan…….meter.
Panduan :
Merejam lembing – sebut jarak rejaman.
Lontar peluru – jarak lontaran
Melempar cekera – jarak lemperan
Baling tukul besi – jarak balingan
Lompat tinggi/bergalah – ketinggian lompatan
Lompat jauh / lompat kijang – jarak lompatan
Bagi acara 400m kalau masa yang dicatat 1 minit lebih – contoh 1 minit 30 saat = mesti dikira dalam saat = 1 minit 30 saat ( jadi 90.0 saat) – kalau 1 minit sebut 60.0 saat. Kalau 1 minit 07 saat – jadi 60.07 saat.
Penyampaian hadiah
*Pastikan semua pemegang tempat pertama hingga ketiga ada dan bersedia dengan pakaian yang lengkap. (kalau berselipar arahkan pemenang pakai kasut bertutup/ jangan benarkan pemenang berseluar pendek/ kalau bertopi arahkan pemenang tanggalkan topi semasa menerima hadiah. Pingat yang dikalungkan jangan dikeluarkan dari leher selagi VIP penyamai tidak beredar dari rostrum hadiah. Pemenang jangan turun dari rostrum hadiah hingga semua pemenang tempat pertama hingga ketiga menerima pingat masing-masing.
Tunggu hingga VIP penyampai hadiah beredar ke pentas utama barulah pemenang turun dari rostrum dan berjalan satu barisan ke rumah pasukan masing2.
Contoh skrip hadiah
Tuan2 dan puan2 sidang penonton yang dihormati sekalian,sekarang ialah upacara mengalungkan pingat2 kepada para pemenang bagi acara 400m lelaki kelas 1. (pemenang akan dibawa masuk dan berdiri bersebelahan rostrum hadiah mengadap pentas dengan iringan muzik)
Pemenang kedua Pemenang pertama Pemenang ketiga
Setelah pemenang mmengambil kedududkan barulah menjemput VIP penyampai hadiah.
Majlis dengan penuh rasa bangga dan berbesar hati menjemput yang berbahagia Dato’ Abdullah Yahya – Ketua Pegawai Exsekutif Mamoor Holding Berhad untuk mengalungkan pingat2 kepada para pemenang dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tn Haji Mohamad bin Hj Ishak – Pengetua SMK Batu Loncatan untuk menyempurnakan upacara.
Tuan2 dan puan2.
Pemenang pingat gangsa bagi acara ini ialah Mohd Aiman Mansor yang mewakili rumah……………………dengan masa ……………..saat : menggondol pingat perak ialah Mohd Basri Hakim dari rumah …….dengan catatan masa …………………..saat.
Jaguh bagi acara 400m lelaki kelas 1 ialah Mohd Asri Abd Rashid dari rumah………..dengan masa ………saat.
Perhatian :
Bagi acara berpasukan contohnya (4x100m/4x400m/4x200m) peserta ke empat yang menerima hadiah hendaklah berdiri di atas rostrum hingga selesai upacara penyampaian pinggat.
Juruhebah juga boleh mengumumkan nama hakim-hakim kanan pertandingan bagi acara balapan dan padang.
Contohnya:
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Kejohanan olahraga SMK Batu Loncatan pada petang ini akan dihakimi oleh 30 orang hakim yang terdiri daripada En. Helmi bin Mohamad selaku pengurus kejohanan , En. Yahya Mohamad Noor- referi acara balapan, Pn. Rosnah Abd Majid – referi acara lompatan, En. Rosman Alwi – ketua hakim balapan, En. Ramasamy Arumugam – Referi acara balingan.
Post Top Ad
Your Ad Spot
Monday, 27 June 2011
Skrip Juruacara untuk acara olahraga
Tags
# pengacaraan
About nasa2k
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates.
pengacaraan
Labels:
pengacaraan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN 1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...
Post Top Ad
Your Ad Spot
No comments:
Post a Comment