Sejak malam tadi hingga kusiapkan juga awal pagi tadi aku berjaya menghasilkan sajak ini yang telah ku deklamasikan. Pastinya... terdiam murid-muridku bila kata-kataku terkena batang hidung mereka...
Pesan seorang ayah
Anak-anak
Kita jangan dok lakkk….
Merdeka dah lama…. Perange masih tak ketahwang hala
Orang gi sekolah… mu galek.. di ghumah
Oghang baca buku mu hapal lirik lagu
Oghang periksa dapat no 1,
Tapi kita natang pa pun tak thu..
Anak-anak abah…
Merdeka bukannya maksud bebas belaka
Kita jangan dok lakkkk
A mata mak pak beramung duka… beramung luka… beramung kecewa
Abah nak peringat….
Kalu mu dok buat jahat
Saheh mu kena sebat
Kalu mu rajing mengaji
Rajeng la mu,dema akek ibu jari
Kalu rajeng curi sekerap
Saheh mu dema tangkap
Jangan suka jek diri sendiri
Sat gi kawan habis lari
Jangan min dengan piso
Sat gi luka mak kaco
Jangan dok min tepi paghek
Sat gi mu buleh sakek
Jangan suka thok sapah
Sana sini bersepah-sepah
Jangan minung a koto
Dengar nasihat dokto
Anak-anak
Sunge tak gi ke mana kalu tak kemaro
Burung tektek dada merah masih dok atas dahang dalu kalu dema tak kaco
Ikan kareng, anak sepilei, anak puyu , belanar lagi dalang bendang..
Tinggallah benda-benda tu sat dih…
Bale dema dok aman sat…
Moha tu… bakek..
Mari..cari.. kaji… hak cikgu dok suruh mengaji..
Kita isi merdeka ini dengan cemerlang
Kita isi merdeka ini dengan kejayaan
Kita isi merdeka ini dengan senyuman
Anak-anak..
Abah cuma nak tanya…
Lagu mana nak pande…
Kalu buat keja selalu cuai
Lagu mana nak berjaya
Kalu rajin dok saja
Lagu mana mak pak nak senyum
Keputusan periksa kho dok merudung
Lagu mana cikgu nak bangga
Kalu buku rajin lupa
Lagu mana ilmu nak berkat
Kalu cikgu, mu tak hormat
Lagu mana ilmu nak berkat
Ustaz ngaja pagi-pagi, mu lasong tak rapat
Lagu mana ngaji nak buleh
Kalu kelas mu tak bersih
Lagu mana nak merdeka
Kalu darjah 1 sape darjah 6
Merah belaka.
Anak-anak merdeka
Jangang hanya thu pegang bendera
Jangan hanya thu jerit merdeka
Jangan hanya thu kata tak pa…
Kita kena bikas, bakek cokoh
Jangang lak kita jadi ogang tak guna
Jangang lak kita orang dok hina
Jangan lak kertas karangan kita kosong
Tak thu nak tuleh pa….
Kita anak-anak merdeka
Tak besa tengok bom
Tak besa tengok orang cedera
Tak besa makan ubi kayu dengan nasik saja
Pasal nak berjuang merdeka
Tapi jangan dok lakk
Kita jadi papa kedana
Kita jadi manusia hina
Kita pakat2 cedera dan putuh nyawa
Paksal race di jalanraya
Paksal mercun di bulan posa…
Anak-anakku…
Ingat pesan abahmu
Jadilah anak merdeka yang berilmu.
skc
30 Ogos 2010
No comments:
Post a Comment