adalah baru saja terjaga
kerana kelam malam
melenakan tidur yang tidak terganggu
melewati alur sungai
berkelodak dimamah jentera
yang meragut perut
dan manusia yang melarik senyuman
yang pastinya bukan anak tempatan
kalaupun ada hamis lumpur yang datang
pastinya dia menangis kerana rindukan anak-anak padi
yang sudah berganti menerung dan keladi agas
kerana hilangnya kerajinan
kalaupun tiba-tiba saja titis gerimis
menjenguk gadis sunti di halaman
pastinya dia juga terguris
kerana si sunti sudah tiada lagi
semuanya berkampung di bandar
menjadi warga industri
mengheret sorot pandangan lewat malam
pastinya sang perjaka menjadi penunggu setia
simpang tiga dengan derai tawa dan gema suara
gulau yang ku kenal
adalah raupan rezeki yang kutadah
kerana aku tahu, bila tiba tika waktu
aku pasti juga berlalu
meninggalkan kau,
tetap seperti gulau yang lalu
Gulau, Sik
2000
No comments:
Post a Comment