Puisidrama – Resolusi 1993 - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday 18 January 2019

Puisidrama – Resolusi 1993

Membakar semangat 1992
Yang bersemarak
Kita bergabung tenaga, berganding tangan
Dalam mengisi musim-musim mendatang.

Kemalasan yang datang membelit diri
Kelekaan yang meruntun hati
Jangan biarkan ia datang
Jangan kita menghamba diri
Usir ia pergi, buang jauh-jauh.

Kealpaan yang sering menguliti rindu
Menggegar sukma, menyesak dada
Bakal terpadam sengan satu resolusi.

Jikapun tidak seperti Jebat
Sikap kita perlu sanggup berlaku liar,
Maka pi kesedaran yang lahir dalam diri
Tidak akan ragu-ragu
Bertindak membungkus kesilapan.

Kembali ke benih asal awal tubuh
Kembali ke daerah asal awal datang
Kembali ke tangga asal awal tegak
Kembali ke peringkat asal awal janji
Kembali ke awal asal resolusi

Berjaya…berjaya…kita mampu berjaya

Hak! Hak ! Hak ! kita
Biarkan berkahak asalkan hak kita.

Hak! Hak ! Hak ! kita
Biarkan berkahak asalkan hak kita.

#Lagu ( Penyair dari Gunung)

Tanganmu ku genggam ku julang ke udara
Akan ku jerit bagaikan halilintar
Kebebasan abadi

Akan kita susun perbarisan
Menuju kejayaan.

Milik kita, milik semua
Kita hidup bahagia

Milik kita, milik semua
Kita hidup bahagia

Di sini tersususun satu barisan
Di sini obor kita nyalakan
Bersama tubuh-tubuh yang luka tertikam
Mara mencabar hukum alam
Mara mencapai satu wawasan.

Bawakan sinar gemilang
Penerang kesuraman
Bawakan keazaman
Kita bina kota menuju puncak kejayaan.

Kota ini kita bina atas dasar kesedaran.
Kota ini kita bina dari panduan tenaga
Pejuang-pejuang setia
Kota ini mesti berjaya dibina
Untuk mencapai Resolusi 1993

Jan 1993.

( Dipentaskan sempena menyambut Tahun Baru 1993 di Sek.Men.seri Serdang, Selangor )

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot