Sepasang
kekasih
Memungut
batu
Di
sejuk aliran.
Jerit
reriang
Mengiring
air
Memecah
tutur
Bertaburan.
Betapa
dia menjadi resah
Sebelum
bicara tamat
Kerana
siang yang hadir
Mula
menyusup sejuk badan
Bergetar
dengan gigi gemertap.
Sepasang
kekasih berlalau pergi
Dengan
bicara terbuku di hati.
Sungai
Tekala, Selangor
12.15 pm
Mac 1991
No comments:
Post a Comment