PEREMPUAN 1V
“ Kiranya ditakdirkan hatimu masih belum dimiliki, dan sekiranya ada kasih yang tumpah, izinkan diri ini untuk memilikinya”. 1990
Meregut catatanmu satu senja
Meraih cinta yang timpas
Menempa hakiki
Yang tidak pernah terlintas
Perempuan
Aku tidak sendawa dengan keangkuhan
Kerana
Rasional tidak pernah mangkir
Dalam diri
Sentiasa hubaya dalam tindakan
Agar tiada hati yang tergurat
Pada mata pena
Maafkan aku
Hati masih belum terlalu kersang
Amuk menyambar
Kepura-puraan
Serdang 1990
No comments:
Post a Comment