Pohon
cenerai bukan peneduh
Pada
siang yang terlalu panas
Memagut
untung turus pagar
Dan…
Pelepah
nyiur takutkan ular.
Hadir
bersama hijau menerung
Menatap
tanah botak
Di
mamah ulat.
Mimpi
ngeri pun datang
Gaya
lenggok kerbau berkubang
Mengutip
keringat
Dirangkai
menjadi mimpi ngeri
Menjelang
esok pagi.
Kerana
Besok
tiada lagi
Seulas
rezeki menyambar mulut
Yang
terkepung dengan haruan
Bergelimpangan.
Kota
Ekspress. Sg. Petani – Kuala Lumpur
Kerusi 6k
Julai 1990
No comments:
Post a Comment