Senyum
bukan lagi mimpi yang terpaling
Dari
alpa yang sengaja
Kerdil
pada kebesaran
Rapuh
dalam keutuhan.
Tiada
lagi titis suci
Menyapa
wajah
Dengan
tasbih
Memain
wisik jemari
Dalam
membilang rahmat.
Kerana
Lalai
adalah racun yang dirasuk
Menjamah
diri
Menapak
erti mengisi hidup.
Seri Serdang
1990
No comments:
Post a Comment