Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
1. Yang berusaha Tuan Haji Mat Desa bin Ibrahim, GB SK Chepir
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
1. Yang berusaha Tuan Haji Mat Desa bin Ibrahim, GB SK Chepir
2. Yang diraikan En. Basir bin Senik
3. Yang dihormati Guru-Guru penolong kanan,
4. dan seterusnya guru-guru serta staff sokongan
SK Chepir sekalian.
Alhamdulilliah.....Bersyukur kita ke hadrat
Illahi, dengan izin serta limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun
pada tika dan saat ini bagi meraikan
MAJLIS En. Basir bin Senik
Hadirin yang dimuliakan,
Geliung Portugis Si Mendam Berahi
Karam
Ke laut sarat muatan,
Doa di Pohon Ke hadrat Ilahi
Doa di Pohon Ke hadrat Ilahi
Semoga
majlis beroleh keberkatan.
Untuk itu, Majlis pada T ini kita mukadimmahkan dengan bacaan doa. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al Fadzil Uz. Haji Mohd Adeli bin MOhd Noor untuk memimpin bacaan doa, Al Fadzil Ustaz, ddipersilakan.
Bacaan Doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al Fadzil Uz. Haji Mohd Adeli di atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.
Buat pengetahuan hadirin semua, Jika kita soroti perjalanan Paksu Basir di perkampungan SK Chepir ini, beliau merupakan seorang staf sokongan sekolah yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun ______ hinggalah tahun ini 2018 . Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama _____ tahun sewaktu menabur keringat di sini khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya Paksu Basir bersara dari sektor perkhidmatan awam.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.
Hadirin yang di hormati sekelian,
Oleh itu diharapkan sentuhan majlis pada hari ini dapat di jadikan tanda kenang-kenangan di dalam lipatan sejarah Paksu Basir.
Hadirin yang di rahmati Allah
Oleh itu diharapkan sentuhan majlis pada hari ini dapat di jadikan tanda kenang-kenangan di dalam lipatan sejarah Paksu Basir.
Hadirin yang di rahmati Allah
Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn Hajjah Masitah bt. Mohd Noor PK Kokurikulum sekolah merangkap wakil guru , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Pn Hajjah Masitah selaku wakil guru.. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Yang berusaha dan hadirin sekelian
Majlis seterusnya mempersilakan Pn Shahrum
Abdullah sebagai mewakili staff sokongan untuk memberikan ucapan. Puan
dipersilakan.
Terima kasih kepada Puan Shahrum atas ucapan
mewakili staff sokongan sebentar tadi.
Selanjutnya majlis mempersilakan Tuan Hj Mat Desa b. Ibrahim, GB SK Chepir
untuk memberikan ucapan. Tuan
dipersilakan.
Terimakasih atas ucapan tuan guru besar sebentar
tadi.
Kini tiba detik dan waktunya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di raikan En. Basir bin Senik untuk memberikan ucapan, dipersilakan
*************************************************************************************************************
Terima kasih di atas ucapan Paksu Basir sebentar tadi...
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang berjemur dengan lokan;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah kami kasihkan tuan.
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Encik Basir bin Senik dengan diringi oleh guru besar dan penolong kanan untuk upacara memotong pulut kuning. Majlis mempersilakan....
Kini tiba detik dan waktunya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di raikan En. Basir bin Senik untuk memberikan ucapan, dipersilakan
*************************************************************************************************************
Terima kasih di atas ucapan Paksu Basir sebentar tadi...
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang berjemur dengan lokan;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah kami kasihkan tuan.
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Encik Basir bin Senik dengan diringi oleh guru besar dan penolong kanan untuk upacara memotong pulut kuning. Majlis mempersilakan....
*************************************************************************************************************
Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata
Hadirin sekalianWarga dewan
Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SKC , Pihak majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata untuk yang dirai. Jesteru, majlis mempersilakan yang berusaha Tuan Hj. Md Desa bin Ibrahim, untuk menjemput dan mengiringi PaK Su Basir untuk menerima hadiah dan cenderamata.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...
*************************************************************************************************************
Terima kasih diucapkan kepada en ismail b mohamad
Ada pasang ada surutnya
Ada pangkal ada hujungnya
Ada hulu ada hilirnya
Ada pertemuan ada perpisahannya
Ada hilang ada gantinya
Ada awal ada akhirnya
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal melabuhkan tirainya
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yg berusaha Tn Guru Besara dan Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua SKC yang telah memberikan sumbangan masa dan tenaga secara langsung atau tidak langsung sewaktu menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.
Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.
BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG T IMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI
Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Guru Besar untuk mengiringi yang dirai Paksu Basir , dan semua hadirin untuk menikmati jamuan. Dipersilakan.
No comments:
Post a Comment