(
Sesuai digunakan ketika sambutan Bulan Kebangsaan di sekolah )
1
Di
sangkar merbah bertelur helang,
Punai
terlepas di hutan tarah;
Berkibar
megah Jalur Gemilang,
Bagai mengibas lipatan sejarah.
Jentik
penutup persetua lara,
Waktu
meletus musuh dah tamat;
Detik
berdegup jiwa dan suara,
31
Ogos 1957 sejarah keramat.
Langkah
jaya tentera membidek,
Senjata
diampu berhadapan musuh;
Alangkah
Malaya gembira bertempek,
Berita
Tunku kejayaan seluruh...
Jasamu
diingat di tinta pusara,
Kenangan
duka tidak disesali;
Perkasamu
semangat cinta negara,
Laungan
MERDEKA berkali-kali
Terjah
penjajah menggelegak mara,
Menghentam
angin peluru bergema;
Wajah-wajah
tonggak negara,
Enam
pemimpin satu jenama.
2
Dalam
kerelaan majumu dewi,
Pantang
rebah bangun berdiri;
Salam
kemerdekaan buat ibu pertiwi.
Bertatang
sembah pantun penyeri. .
Hiris
lada terhiris mentimun,
Sambal
merah terpalit di jari,;
Portugis
Belanda Inggeris dan Jepun,
Tinggal
sejarah di karpet memori.
Perintis
persada menangkis lanun,
Wajah
tak gentar seampuh laksamana;
Portugis
Belanda Inggeris dan Jepun,
Penjajah
tegar musuh durjana.
Komunis
melanda sadis bertahun,
Jerih
bernafas peristiwa Kepong;
Portugis
Belanda Inggeris dan Jepun,
Masih
berbekas nyawa terapung.
31
Ogos membilang hari,
Rawan
lara di zaman komunis;
Waktu
berarus menggalang memori,
Pahlawan
negara berteman puitis.
3
Tumbuh
subur si pohon ceri ,
Tumbuh
sebatang dihujung tanjung,
31
Ogos menggamit memori,
Kenangan
merdeka kenangan dijunjung.
Peristiwa
lara menghiris perasaan,
Terasa
pedih seperti disengat
Jiwa
bersuara demi kemerdekaan,
31
Ogos pekikan semangat.
Rahsia
bersolat segera berZohor,
Sunnah
dikerjakan menyembah Yang Satu;
Malaysia
berdaulat negara yang makmur,
Tanah
kelahiran tumpah darahku.
Kasih
dijulang merafak mahkota,
Beban
peristiwa bersemi pusara;
Berputih
tulang tidak di mata,
Berkorban
nyawa demi negara.
Membawa
riwayat terpahat di batu,
Mengepung
amarah suka dan duka;
Peristiwa
menyayat di Lahad Datu,
Cermin
sejarah luka terluka.
4
Bersimpul
iman berapa amalan,
Sehangat
pasrah membilang angan;
Tunku
Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan,
Keringat
sejarah menjulang tangan.
Sanggul
pasak kembung sekerat,
Mengapa
jambangan bubuh di sisi;
Tun
Abdul Razak menyambung hasrat,
Bapa
Pembangunan penuh dedikasi.
Fesyen
sedondon cantik dilihat,
Jumpa
Cik Puan di Jalan Teberau;
Tun
Hussein Onn membelek rakyat,
Bapa
Perpaduan panggilan beliau.
Pohon
banir menapis unggas,
Betapa
dahan ada sepaha;
Tun
Dr Mahathir berinovatif dan tegas,
Bapa
Permodenan sentiasa berusaha.
Mengaji
bersolah berkabut pusara,
Terkapa
ketakutan sejengkal nisan;
Datuk
Seri Abdullah lembut bicara,
Bapa
Pembangunan Modal Insan.
5
Tentera
berani menggenggam pusaka,
Melangkah
mati nyawa diberi;
Negara
kini 60 tahun merdeka,
Merdekakah
hati jiwa sanubari.
Sungguh
bersabar keringat dirasa,
Di
ambang merdeka rakyat menanti,
Penuh
debar semangat perkasa,
Lambang
Merdeka memahat erti.
Kenangan
duka sama merahsia,
Kering
dan tua dimakan umur;
Laungan
Merdeka bergema seMalaysia,
Seiring
doa Malaysiakan makmur.
Ke
laut kita mencari lokan
Meredah pantai dan juga paya;
Hidup nan indah kita impikan,
Jiwa merdeka maju dan jaya.
Meredah pantai dan juga paya;
Hidup nan indah kita impikan,
Jiwa merdeka maju dan jaya.
Pejuang
mati bertabur tulang,
Hancur badan dikandung tanah;
Penjajah lari dihambat pulang,
Anak watan tegak dan megah.
Hancur badan dikandung tanah;
Penjajah lari dihambat pulang,
Anak watan tegak dan megah.
6
Dari
pahang ke negeri Melaka,
Singgah berehat di pekan Kuantan,
60 tahun Malaysia merdeka,
hidup aman tiada keperitan.
Singgah berehat di pekan Kuantan,
60 tahun Malaysia merdeka,
hidup aman tiada keperitan.
Meredah
hutan mencari cemara
singgah sebentar di negeri kedah,
hargai merdeka yang kita rasa,
hilang ia sesal tak sudah,
singgah sebentar di negeri kedah,
hargai merdeka yang kita rasa,
hilang ia sesal tak sudah,
Ayam
jantan berkokok di dahan
sejuk terasa air perigi
Kemerdekaan perlu kita pertahan
Sekali tergadai tak berguna lagi
sejuk terasa air perigi
Kemerdekaan perlu kita pertahan
Sekali tergadai tak berguna lagi
Indah
berseri cincin delima,
bertatah
permata elok dipakai,
malaysia
kini 60 tahun merdeka,
negara
kita aman dan damai.
Halus
teratur jambangan cempaka,
di
tepi jejawi molek kedidi;
takkan
luntur semangat merdeka,
dijulang
pertiwi sentosa abadi.
7
Remaja
kini menjulang nusa,
bagai
cahaya menyeri pandangan;
malaysia
harmoni aman sentosa,
dengan
adanya pemimpin sanjungan.
Tumbuh
subur pohon inanam,
Di
celah-celah pohon bidara,
Semangat
patriotik harus ditanam,
Supaya
diri cintakan negara.
Cantik
sungguh api pelita,
Peneman
malam ketika beradu
hubungan
baik antara kita,
hidup
menjadi lebih bersatu.
Jalur
gemilang bendera kita,
Megah
berkibar di pagi hari,
Selalu
kita berdoa padaNya,
Supaya
negara aman harmoni.
Cantik
sungguh bunga cempaka
Ada
bersama buah pulasan
60
tahun Malaysia merdeka,
Negara
maju menjadi wawasan
8
Daun
sirih di dalam dulang,
Pinangnya
pula di makan ulat
Rakyat
dibela pemimpin dijulang,
Malaysia
merdeka kekal berdaulat.
Sepoinya
angin terasa nyaman
Menumpang
sinar cahaya purnama;
Negara
sejahtera tanpa ancaman,
Rakyat
bahagia selalu bersama
Burung
merpati terbang di awan,
Senja
menjelang ditangkap helang;
Remaja
berkualiti penjana wawasan,
Malaysia
cemerlang gemilang terbilang
Sampan
kolek menuju ke hilir
Sarat
muatan si buah kelapa;
Jangan
berkata hanya di bibir,
Cintakan
Negara apa buktinya?
Terbang
indah si rama-rama
Hinggap
seekor di atas paha;
Malaysia
Boleh slogan bersama,
Asalkan
ada daya usaha.
9
Bahasa
Melayu ejaan rumi,
Mula belajar di rumah lagi;
Agama
Islam agama rasmi,
Rukun
Negara wajib dipatuhi.
Cantiknya
gelang pada ukiran,
Diserikan
pula emas permata,
Biar
hilang nyawa dibadan,
Jangan
kita berputih mata.
Burung
camar di sawah padi,
Luka
berdarah diikat tali
Jika
patriotisme Kurang disemadi,
Mungkin
sejarah berulang kembali
Lagu
negaraku lagu kebangsaan,
Dihafal
dan diingati oleh semua,
Tugu
negara lambang pengorbanan,
Pembakar
semangat kepada semua.
Lagam
dan gangsa senang didapati,
Dijadikan
dulang untuk hantaran,
Slogan
kemerdekaan sentiasa dihayati,
Rakyat
didahulukan pencapaian diutamakan
10
Satu
Malaysia satu bahasa,
Menjadi
penghubung pelbagai ungkapan;
Berbagai
agama berbilang bangsa,
Rakyat
didahulukan pencapian diutamakan.
Sayang
Cik Nona berkebaya sendat,
Pandai
menggubah jambangan bunga;
Jangan
dilupa Budaya dan adat,
Barulah
sejahtera satu Malaysia.
Cincin
permata kilauan cahaya,
Cincin
suasa pengikat mesra;
Berbeza
Agama, adat, dan Budaya,
Bukan
penghalang penyatuan bangsa.
Sungguh
syahdu susunan irama,
Bering
dengan irama bangsi
Rakyat
didahulu pencapaian diutama,
Jadi
pengangan cetusan inspirasi.
Peluk
dan salam budaya melayu,
Inilah
bukti peninggalan adat;
Rakyat
Melaysia perlu bersatu,
Demi
satu Malaysia kita sepakat
1 comment:
Assalammualaikum.
Mohon izin guna bahan di dalam blog Cikgu untuk bahan PdPC saya. Saya gunakan untuk murid kelas peralihan saya.
Terima kasih.
Post a Comment