Karangan PPSR : Pidato : Mencegah Jenayah Tanggungjawab Bersama - Duniaku Nasa2k

Rentetan Perjalanan Kehidupan

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 21 May 2018

Karangan PPSR : Pidato : Mencegah Jenayah Tanggungjawab Bersama



Asalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Terimakasih, pengendali majlis, yang dihormati, panel kehakiman yang sentiasa memastikan keesahan. Para guru dan seterusnya hadirin sekalian.

            Dewasa ini, kita seringkali di sogokkan dengan pelbagai kisah jenayah yang terpampang di dada akhbar dan di media massa yang lain.  Hinggakan kadang-kadang, kita menjadi terlalu takut, untuk meniti hidup menempuh hari-hari yang mendatang.

            Hadirin Sekalian, atas kesedaran untuk mengingatkan diri saya dan juga para hadirin, saya memilih tajuk “ MENCEGAH JENAYAH ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA” sebagai tajuk pidato saya kali ini.

            Sebelum saya mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, elok kiranya saya mendefinasikan dulu beberapa frasa penting yang terkandung dalam tajuk pidato ini.  Mencegah jenayah bermaksud, menghalang atau cuba mengatasi kes-kes jenayah yang bakal berlaku. Manakala tanggungjawab bersama pula membawa maksud melibatkan semua pihak, bermula daripada anak-anak, ibu bapa, masyarakat, para pemimpin dan penguat kuasa.

            Hadirin sekalian, jenayah yang maksudkan untuk sama-sama kita mencegahnya ialah  antaranya penculikan, rompakan, ragut, penyeluk saku dan penagihan dadah.

            Kita pastinya tidak dapat melupakan tragedi sadis yang menimpa allahyarham Nurin Jazlin. Diculik, di rogol dan dibunuh. Dan bagaimana pula nasib adik Sharline yang masih belum ditemui sejak Januari 2008 hingga kini ?. serta   nasib puluhan anak-anak yang lain. Yang dilarikan  atau diculik. Yang tidak pernah kita dengar khabar beritanya lagi.
           
Dalam usaha kita untuk mencegah tragedi seperti ini berulang lagi, eloklah kita sendiri sebagai anak-anak yang meningkat dewasa bersedia dalam apa jua keadaan.  Janganlah sekali-kali kita berjalan di tempat awam atau sunyi secara berseorangan. Ajaklah orang yang lebih dewasa untuk sentiasa menemani.     Penjenayah, seringkali saja menanti waktu dan kesempatan untuk mengambil peluang.

            Hadirin sekalian. Sikap sentiasa berwaspada juga amat penting dalam mencegah jenayah.  Janganlah  kita menerima pelawaan atau mengikut ajakan seseorang yang tidak kita kenali.  Pepatah ada mengatakan, rambut sama hitam, hati lain-lain.  Biarlah kita berprasangka  sebelum tragedi menimpa.

                        Menyentuh jenayah pecah rumah dan rompakan pula,  elok kiranya, rumah  kita dikunci sempurna, sebelum meninggalkannya.  Penjenayah seringkali mengambil kesempatan, atas kecuaian kita sendiri. Apatah lagi dimusim perayaan.     Maklumkan lah kepada jiran atau kepada pihak polis apabila kita pulang ke kampung halaman.

            Jenayah ragut pula dapat kita hindari apabila kita sentiasa bersedia.  Janganlah terlalu memperaga akan kemewahan diri kita.  Beg tangan yang hebat serta barang kemas yang bersinar menyebabkan penjenayah terliur dibuatnya. 
Hadirin sekalin,  

            Sebagai penutup bicara, melabuh kata-kata, belajarlah sedikit seni mempertahankan diri. Cukup berguna untuk kita atasi jenayah mungkin tiba-tiba saja berlalku di depan mata.  Sesunguhnya, tugas mencegah jenayah kita bukan terletak dibahu pihak berkuasa semata-mata, tetapi di bahu kita bersama. Cegahlah sebelum Parah.

            Sekian, Wabbilah htw.

No comments:

NOTA DAN LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

  KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN    1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama d...

Post Top Ad

Your Ad Spot