Dia yang kujumpa
Lewat petang minggu di Pasar Budaya
Sewaktu sedang menjamah hidangan
Teh o Ais limau dan Nasi Goreng Ayam
Di Restoran Kassim
Mulanya dia berdampingan
Ku kira pasangannya
Penuh gembira
Lalu waktu aku menjamahnya degan mata
Aku jadi lupa segalanya, seketika
Kebaya serongnya semerah pipinya
Dikanannya lima.
Di kirinya tiga
Jerawat batu penghias muka
Selepas aku menjamah hidangan
Ku atur langkah kaki tanpa tujuan
Melewati kotak kedai
Lalu wajahku menyapa lagi gadis itu
Dia kini Persama seniman
Di sudut pasar Budaya
Berbicara tentang wajahnya
Berapa harga bila wajah dilakar
Menghiasi kanvas dan soft pastel berwarna
Layakkah dia menjadi arca ?
Dengan pantis kening yang bukan lagi asli
Dan putih merah wajahnya meneggelamkan
Pucat wajah asalnya
Petang minggu yang kian lewat
Tidak membenarkan aku
Terus memprosa dengan kata-kata
Gadis berkebaya serong.
Central Market, KL
1990
No comments:
Post a Comment