Setelah
hampir 3 bulan aku menjadi guru kelas tahun 1, Guru besar memaklumkan
bahawa ada seorang murid baru yang akan ditempat di kelas aku. Bertukar
dari sekolah lain ke sini. Alasannya kerana cikgu yang mengajar di
sekolah lama itu garang sangat.
Pagi itu, aku masuk awal ke kelas. Faham sajalah murid tahun 1, riuh rendah kelas di buatnya. Untuk mengawal keadaan, aku tinggikan suara. Menikus murid-murid ku. Kelam-kabut berlari mencari tempat duduk.
Serentak dengan itu, ku dengar ada suara tangisan di pintu masuk. Alamak! Itulah murid baru yang akan masuk ke kelas ku bersama ayahnya.
" Abah tak nak ngaji di sekolah ni... cikgu di sini lagi garang.." terdengar suara beriring sedu sedan.
Tak sempat masuk dalam kelas lagi, abahnya terpaksa pindahkan balik anaknya. Pujuk macammana pun tetap enggan masuk.
Garang sangatkah aku ni ? Padahal murid-murid dalam kelas yang terkedu dek suara ku tadi sengih-sengih sahaja. Dah biasa.

No comments:
Post a Comment